KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengecualikan bayaran bagi jemaah haji Malaysia yang melakukan ujian pengesanan COVID-19 Ujian Tindak Balas Berantai Polimerase (RT-PCR) di fasiliti kementerian itu.
Perkara itu dimaklumkan Menterinya, Khairy Jamaluddin dalam satu kenyataan media pada Khamis.
Bagaimanapun ujarnya, jemaah haji yang memilih untuk menjalani ujian RT-PCR di fasiliti kesihatan swasta masih perlu menanggung kos ujian tersebut.
"Oleh yang demikian, KKM telah bersetuju agar ujian pengesanan COVID-19 bagi jemaah haji Malaysia yang dilakukan di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dikecualikan daripada bayaran dan dilaksanakan secara percuma.
"Bagi jemaah haji yang memilih untuk menjalani ujian pengesanan COVID-19 di fasiliti kesihatan swasta, kos ujian tersebut perlu ditanggung sepenuhnya oleh jemaah tersebut mengikut caj yang dikenakan oleh fasiliti kesihatan swasta yang dipilih," katanya.
Jemaah haji boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Pejabat Tabung Haji Daerah untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan senarai fasiliti kesihatan KKM yang menyediakan perkhidmatan ujian RT-PCR.
Terdahulu, Kerajaan Arab Saudi antara lain telah menetapkan prosedur pencegahan dan pengawalan penyakit bahawa setiap jemaah haji Malaysia perlu disahkan negatif COVID-19 dalam menerusi ujian RT-PCR dalam tempoh 72 jam sebelum tiba di Tanah Suci.
Bagi musim haji tahun ini, sebanyak 14,306 jemaah haji Malaysia bakal menunaikan Rukun Islam kelima itu bermula hari ini menerusi penerbangan yang ditetapkan Tabung Haji.
Fareez Azman
Thu Jun 02 2022
Menurut Khairy, KKM akan mengecualikan bayaran bagi Jemaah Haji Malaysia yang melakukan ujian pengesanan COVID-19 RT-PCR di fasiliti kesihatan KKM. - Bernama
Waspada ejen nikah Siam
Konsulat Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi menasihat rakyat Malaysia yang ingin berkahwin di Selatan Thailand supaya waspada dalam pemilihan ejen.
Twincity Marathon rai golongan OKU
Perbezaan fizikal tidak melunturkan semangat golongan orang kurang upaya (OKU) untuk menyertai acara larian Twincity Marathon sejauh lima kilometer (km) di Cyberjaya hari ini.
Bersatu serah notis kepada enam ahli Parlimen selepas PRK Kuala Kubu Bharu - Hamzah
Bersatu akan mengeluarkan notis berhubung status kedudukan enam ahli Parlimennya yang menyokong Perdana Menteri selepas PRK Kuala Kubu Bharu.
KBS sasar 8,880 individu sertai KLAS Renang tahun ini
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyasarkan sebanyak 8,880 individu menyertai Program Kemahiran Latihan Asas Sukan Renang (KLAS Renang) di seluruh negara tahun ini.
Penyu PD pulang bertelur, orang ramai jangan buat kacau ganggu
Selepas menemui 159 telur penyu karah di Pantai Tanjung Gemok Port Dickson, pada Jumaat, kini sebanyak 117 telur penyu agar pula ditemui pada Sabtu.
Che'gubard direman dua hari
Che'gubard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin ditahan reman dua hari bagi membantu siasatan berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City.
Buletin AWANI Khas: Mesyuarat khas WEF di Arab Saudi, PM Anwar & Pemimpin dunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan ucapan dalam Sidang Plenari Pembukaan Mesyuarat Khas World Economic Forum (WEF) di Arab Saudi. Ikuti analisis menyeluruh bersama Penganalisis Ekonomi, Fithra Faisal Hastiadi; Ketua Pengarang Astro AWANI, @AshwadIsmail; dan Pengarang Niaga AWANI, @NajibAroff #BuletinAWANIKhas
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022 berkuat kuasa 1 Jun
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022 akan berkuat kuasa pada 1 Jun ini.
AWANI Ringkas: BERSATU serah tujuh notis kosongkan kerusi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KOLUMNIS] PRK Kuala Kubu Baharu: Pertandingan untuk tawan atau tahan
PRK DUN KKB menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon PH, PN, PRK, PRM dan calon Bebas.
Sarawak catat satu kes positif COVID-19 di Lawas
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak hari ini melaporkan pertambahan satu kes positif COVID-19 di Lawas hari ini.
Dua lagi kes positif COVID-19 dilaporkan di Sarawak
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak hari ini melaporkan dua kes positif COVID-19 terbaharu membabitkan daerah Kuching dan Bintulu.
COVID-19: Kuching kembali sebagai zon kuning, hanya satu kes dilaporkan di Sarawak
Sarawak hari ini melaporkan satu kes jangkitan tempatan terbaharu COVID-19 di Kuching menjadikan jumlah kes positif di negeri itu kepada 687 kes setakat ini.
Sarawak catat satu kes positif terbaharu, ini lima tumpuan sidang media JPBNS
Sarawak hari ini satu kes positif terbaharu COVID-19 menjadikan jumlah kes positif keseluruhan setakat ini meningkat kepada 608 kes.
COVID-19: Mungkin ada gelombang kedua di Sarawak?
Sarawak hari ini mencatatkan 10 kes positif COVID-19 terbaharu membabitkan enam kes di Kuching serta dua di Samarahan dan Bintulu.
Tiga kes jangkitan tempatan COVID-19 terbaharu di Sarawak
Sarawak hari ini mencatatkan tiga kes terbaharu positif COVID-19 menjadikan jumlah kes positif di negeri itu setakat ini meningkat kepada 583 kes.