awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pertahanan Awam Syria pertingkat respons banjir di Idleb, Lattakia susulan hujan lebat
Trump sahkan Xi Jinping akan lawat AS menjelang akhir tahun
Antonio Jose Seguro dipilih sebagai Presiden Portugal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jemaah Menteri putus batalkan projek rintis WBB - Dzulkefly

Bernama
Bernama
24/01/2025
14:35 MYT
Jemaah Menteri putus batalkan projek rintis WBB - Dzulkefly
Dzulkefly berkata terma-terma rujukan jawatankuasa itu terkait pemerkasaan penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada rakyat dan penjadualan waktu kerja. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Jemaah Menteri hari ini memutuskan untuk membatalkan projek rintis Waktu Bekerja Berlainan (WBB) bagi memberi laluan kepada kajian lebih mendalam dan menyeluruh.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata keputusan itu dilakukan selepas mengambil kira segala pertimbangan.
"Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan (KKM) menubuhkan sebuah jawatankuasa khas yang akan dipengerusikan oleh bekas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Abu Bakar Suleiman," katanya menerusi kenyataan.
Dzulkefly berkata terma-terma rujukan jawatankuasa itu terkait pemerkasaan penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada rakyat dan penjadualan waktu kerja.
"KKM akan meneruskan usaha untuk mewujudkan persekitaran kerja yang selamat dan adil untuk semua, terutamanya petugas kesihatan," katanya.
Sebelum ini, Hartal Doktor Kontrak (HDK) menggesa KKM untuk menarik balik WBB serta-merta dengan dakwaan WBB dibangunkan tanpa penglibatan pihak berkepentingan utama.
Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) turut menyuarakan kebimbangan mengenai pelaksanaan WBB yang didakwa akan memburukkan lagi kekurangan tenaga kerja sedia ada serta menyebabkan doktor dibebani tugas berlebihan dan menjejaskan kualiti penjagaan pesakit.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KKM
#petugas kesihatan
#projek rintis
#Malaysian Medical Association
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan