PORT DICKSON: Sebarang jemputan untuk menyertai program atau aktiviti yang dianjurkan di sekolah melibatkan orang kenamaan termasuk ahli politik dan badan bukan kerajaan (NGO), mesti mematuhi garis panduan ditetapkan Kementerian Pendidikan (KPM).
Menterinya Fadhlina Sidek berkata kementerian tiada halangan untuk sesiapa sahaja menghadiri program di institusi berkenaan, namun perlu mematuhi garis panduan tersebut selain mendapat pengesahan dan kebenaran daripada KPM.
"Saya tegaskan kembali, apa sahaja jemputan untuk pergi ke program sekolah, perlu patuhi garis panduan. Jadi ada prosesnya, kena ikutlah proses tersebut.
"KPM tiada halangan, kena semak sama ada garis panduan itu dipatuhi atau tidak. Kalau ia dipatuhi, kita tak ada masalah.
"Kita memang tegaskan berulang kali, iaitu mesti ada kebenaran, mesti ada permohonan selain pihak yang nak jemput itu mesti mematuhi garis panduan itu," katanya kepada pemberita selepas lawatan kerja dan pembukaan bangunan baharu Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Sagga di sini hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan seorang Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, yang mendakwa dihalang untuk hadir dan merasmikan program melibatkan pelajar di sekolah.
Dalam pada itu, Fadhlina berkata, semua pihak perlu memahami bahawa apabila membabitkan sekolah, perkara yang paling diberikan keutamaan ialah aspek keselamatan pelajar.
Terdahulu, dalam lawatan berkenaan Fadhlina turut meninjau pengoperasian sekolah berkenaan termasuk pembukaan blok bangunan baharu yang sudah mula digunakan awal bulan ini, yang mana ia sebelum ini tertangguh selama 10 tahun.
Justeru beliau berkata KPM tidak berkompromi kepada isu pembangunan sekolah yang mengalami kelewatan atau tertangguh, selain memastikan isu ketirisan membabitkan perkara itu ditangani segera, sekali gus menjamin akses pendidikan kepada semua murid.
Fadhlina berkata ini kerana, walaupun penangguhan pembangunan sekolah hanya berlaku kepada satu-satu sekolah sahaja, namun ia akan memberi impak yang sangat besar sehingga menyebabkan anak-anak tidak mendapat akses pendidikan yang selayaknya.
"Anak-anak tidak wajar dipinggirkan dalam apa jua keadaan dalam akses pendidikan...isu akses pendidikan ini juga kita tegaskan berulang kali dan perkara berkaitan pembangunan sekolah memang menjadi tumpuan utama KPM untuk diselesaikan," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata peratusan enrolmen sekolah pada tahun ini meningkat pesat dengan sekolah rendah mencapai 98 hingga 99 peratus, manakala menengah 95 peratus selain KPM sedang membuat peluasan di semua sekolah kerajaan khususnya prasekolah.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 12 2024
Fadhlina menjelaskan, tiada halangan untuk sesiapa sahaja hadiri program di sekolah, namun perlu patuhi garis panduan selain mendapat pengesahan dan kebenaran KPM. - Bernama
Kerajaan mulakan usaha penggubalan Akta Keupayaan Mental
Kerajaan menerusi Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah memulakan langkah ke arah penggubalan Akta Keupayaan Mental.
Warga Australia dipindahkan, lega pulang ke tanah air
Warga Australia yang dipindahkan dari New Caledonia yang mengalami rusuhan maut selama seminggu. memberitahu media tempatan mereka lega sebaik sahaja kembali ke tanah air pada Selasa.
Menteri ada rekod jenayah letak jawatan
Seorang Menteri Thailand, Pichit Chuenban, pada Selasa meletakkan jawatan selepas tertakluk kepada aduan undang-undang daripada senator yang boleh membawa kepada pemecatan Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin atas pelantikannya.
Keranda bawa jenazah Raisi tiba di Tehran
Pegawai dan tokoh agama Iran menerima keranda Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan beberapa individu lain di Tehran, dalam satu majlis pada Selasa.
PMX ke Jepun bermula Rabu, pertama kali sertai Persidangan Nikkei sebagai Perdana Menteri
Wisma Putra dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, PM Anwar menyertai persidangan tersebut atas jemputan Nikkei Inc. dan ia merupakan penyertaan pertama beliau sebagai Perdana Menteri.
Beri tumpuan kepada pelaburan dalam negeri - Dr Jomo
Kerajaan perlu memberi galakkan kepada pelaburan dalam negeri dalam usaha memacu pertumbuhan ekonomi negara.
Mat Sabu wakili Malaysia ke Iran, hadiri pengebumian Presiden Raisi
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu akan ke Iran bagi mewakili Malaysia untuk menghadiri pengebumian Presiden Iran, Almarhum Ebrahim Raisi.
Tumpuan Rabu – 22 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jemaah Menteri setuju laksanakan penyasaran subsidi diesel
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu tidak melibatkan pengguna Sabah dan Sarawak kerana penduduk di sana kebanyakannya menggunakan diesel untuk urusan seharian.
Kerajaan bakal jimat RM4 bilion setahun
Jelas Perdana Menteri, dengan penyasaran subsidi diesel tersebut, jumlah penjimatan kepada kerajaan adalah dijangka sekitar 4 bilion ringgit setahun.
Jemputan sertai program di sekolah perlu patuhi garis panduan - Fadhlina
Tiada halangan untuk sesiapa sahaja hadiri program di sekolah, namun perlu patuhi garis panduan selain mendapat pengesahan dan kebenaran KPM.
PM Anwar jemput orang ramai meriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia MADANI
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjemput orang ramai untuk hadir ke Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia MADANI bersama beliau di enam lokasi bermula bermula Sabtu ini.
Muktamar Pas: UMNO Kedah nafi terima sebarang jemputan - Jamil Khir
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menegaskan bahawa isu ini perlu dijelaskan dengan sejelas-jelasnya supaya tiada persepsi buruk wujud terhadap UMNO.
Jemputan media mengenai sidang akhbar Anwar Ibrahim palsu - Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi Strategik PKR Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil hari ini menafikan beliau ada mengeluarkan jemputan media mengenai sidang akhbar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin ini.
Jemput Astora Jabat luar pengetahuan kerajaan negeri - Exco
Sebarang ceramah agama yang dilaksanakan perlu mendapat kebenaran dan diluluskan oleh pihak berwajib.
Dulu 'jamming' sebelah reban ayam, kini bakal kongsi pentas dengan XPDC
XPDC mempunyai perancangan yang lebih besar untuk band yang dianggap sebagai peminat tegar kumpulan itu apabila mereka bersetuju untuk mengundang mereka sebagai band jemputan pada konsert itu nanti.
Pas akan penuhi undangan UMNO ke PAU
Tidak mahu menghampakan UMNO, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, sekiranya beliau tidak dapat menghadirinya, ia akan diwakili oleh pimpinan lain.
DAP jemput Najib makan malam ini
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijemput DAP untuk menghadiri acara makan malamnya agar beliau dapat melihat dengan lebih dekat bagaimana parti tersebut mengumpul dana.