awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LaLiga: Real Madrid pesta jaringan tanpa kelibat Kylian Mbappe
[TERKINI] RUU hadkan tempoh jawatan Perdana Menteri dibentang 19 Jan - PM Anwar
Menantu Hadi Awang didakwa sertai perhimpunan Kampung Sungai Baru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jemputan Trump ke KL untuk ‘kenduri’ ASEAN bukan 'kenduri' Malaysia - Menteri Luar

Seth Akmal
Seth Akmal
04/10/2025
05:30 MYT
Jemputan Trump ke KL untuk ‘kenduri’ ASEAN bukan 'kenduri' Malaysia - Menteri Luar
Mohamad Hassan ketika sidang media perkembangan terkini 23 peserta Malaysia Global Sumud Flotilla (GSF) yang kini ditahan Israel di Pusat Gerakan Operasi Sumud Nusantara (SNCC) hari ini. - Foto Bernama
SEPANG: Jemputan kepada Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump ke Kuala Lumpur adalah sebagai rakan dialog untuk Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan bukan jemputan hubungan dua hala Malaysia-AS.

Ringkasan AI
  • Jemputan Donald Trump ke Kuala Lumpur adalah sebagai rakan dialog Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, bukan jemputan hubungan dua hala Malaysia-AS.
  • Malaysia tidak boleh menolak jemputan kerana ia adalah acara ASEAN yang berpegang kepada prinsip berkecuali dan diplomasi serantau.
  • Protes awam berlaku mendesak jemputan dibatalkan susulan peranan AS menyokong Israel dan tuntutan agar AS mendesak pembebasan sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF).

Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan turut mengggunakan analogi ‘kenduri’ bagi menerangkan tujuan jemputan tersebut.
“Trump ini bukan dijemput oleh Malaysia secara hubungan dua hala biasa, beliau merupakan ketua negara yang menjadi sebagai rakan dialog kepada ASEAN.
“Jemputan ini jemputan secara ASEAN, kerana kenduri ini kenduri ASEAN, bukan kenduri Malaysia, Malaysia jadi tuan rumah,” katanya semasa sidang media di di Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), di sini, hari ini.
Jelas Mohamad lagi, Malaysia tidak mempunyai hak untuk menolak atau memilih ketua negara yang akan dijemput sambil menyifatkan ia merupakan diplomatik yang salah.
Tambahnya, ASEAN memiliki kekuatan tersendiri iaitu prinsip berkecuali yang menjadi teras utama.
“Kita tak boleh nak kata ‘masyarakat itu tak jemput, masyarakat itu (kita) jemput’. Itu bukan diplomatik yang baik, kita mesti uruskan ASEAN ini sebagai negara yang dilihat, kumpulan negara yang dilihat mengamalkan dasar yang berkecuali.
“ASEAN ini terasnya dasar rantau yang bebas, aman dan berkecuali. Jadi, kita jemput semua dan dia (Trump) nak datang, tak akan nak kata tak boleh pula,” ujarnya lagi.
Dua hari lalu, orang ramai berhimpun di hadapan Kedutaan AS bagi menyatakan bantahan dan mendesak Kerajaan Malaysia membatalkan jemputan kepada Trump susulan AS selaku rakan Israel yang melakukan jenayah perang terhadap rakyat Palestin.
Peserta himpunan turut menggesa agar AS mendesak Israel membeaskan sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF) yang telah ditahan pada Khamis.
Topic Berkaitan
#jemputan kepada Trump
#Sidang Kemuncak ASEAN ke-47
#Amerika Syarikat
#Hubungan dua hala
#Mohamad Hasan
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan