KUALA LUMPUR: Pejabat Peguam Negara memfailkan permohonan untuk menarik diri di Mahkamah Sesyen Klang pada Jumaat daripada mewakili guru yang disaman oleh pelajar, Ain Husniza Saiful Nizam berhubung isu ‘jenaka rogol’.
Menerusi afidavit sokongan, dinyatakan bahawa permohonan itu dibuat kerana guru berkenaan, Khairul Nizam Sanuddin sudah diwakili peguam lain.
Hal ini katanya, menyebabkan berlaku pertindihan dalam perwakilan terhadap defendan pertama.
Permohonan menarik diri daripada mewakili Khairul Nizam, 44, turut disertakan afidavit sokongan yang diikrarkan oleh Peguam Persekutuan, Muhairi Mohamed Noh.
Pada 26 November 2021, Khairul Nizam memfailkan saman di Mahkamah Sesyen Shah Alam melalui firma guaman, Tetuan Rasshidi Ema & Yung dengan menamakan Ain Husniza dan bapanya, Saiful Nizam, 43, masing-masing sebagai defendan pertama dan kedua.
Menurut pernyataan tuntutan difailkan, Khairul Nizam yang mengajar subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) di sebuah sekolah menengah pada 24 April 2021 menyentuh subtopik 'Amang Seksual dan Tingkah Laku Amang Seksual, Katakan Tidak Kepada Amang Seksual, Kesan dan Akibat Amang Seksual'.
Subtopik itu terkandung di bawah tajuk Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS).
Khairul Nizam yang mengajar lebih 20 tahun di sekolah berkenaan menyatakan, sepanjang proses pembelajaran itu, semua pelajar wajib membawa dan merujuk kepada buku teks PJK Tingkatan Lima.
Bagaimanapun, guru berkenaan menafikan membuat lawak lucah atau berkenaan rogol sepanjang sesi pembelajaran PJK itu serta tiada galakan kepada perlakuan rogol.
Malah katanya, ia adalah komunikasi dalam konteks pembelajaran semata-mata untuk pemahaman serta pengajaran.
Sebelum ini, media melaporkan guru tersebut yang didakwa bergurau keterlaluan seolah-olah menggalakkan pelajarnya melakukan perbuatan rogol, tidak diambil tindakan lanjut oleh polis selepas selesai menjalankan siasatan.
Ain Husniza dan bapanya yang disaman guru terbabit dalam isu gurauan keterlaluan berkaitan perbuatan merogol, akan memfailkan tuntutan balas dengan diwakili oleh peguam, Datuk Sankara Nair.
*Berita asal disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Jun 10 2022

Pejabat Peguam Negara memfailkan permohonan untuk menarik diri di Mahkamah Sesyen Klang pada Jumaat daripada mewakili guru yang disaman oleh pelajar, Ain Husniza Saiful Nizam berhubung isu jenaka rogol. -Gambar fail

Kucing ditangkap menyeludup dadah ke penjara Costa Rica
Pegawai penjara mengesan kucing tersebut berkeliaran di kawasan hijau berhampiran pagar berduri penjara pada 6 Mei 2025.

AS bayar AS$5 juta kepada keluarga Ashli Babbitt
Penyelesaian ini mengakhiri tuntutan AS$30 juta yang difailkan oleh keluarga Babbitt bersama kumpulan konservatif Judicial Watch.

Misteri kubur besar dinosaur di 'Sungai Kematian' akhirnya terungkai
Ribuan fosil dinosaur Pachyrhinosaurus ditemui di kawasan ini, menimbulkan persoalan tentang bagaimana ia mati.
AWANI Pagi: ASEAN KITA: Tourism| Reimagining ASEAN AS one destination
Can ASEAN truly become one seamless travel destination? In this episode of ASEAN KITA, we speak to Dr. Sri Ganesh Michiel of MTF on visa access, tourism taxes, and the role of budget hotels in unlocking regional tourism for all.

Diddy didakwa pecah pintu rumah Cassie Ventura dengan tukul besi
Insiden itu berlaku selepas Combs didakwa menyerang Ventura di lobi Hotel Intercontinental.

Toyota Alphard Ustaz Firdaus Firabib sudah jumpa, dron dan kamera lesap
Toyota Alphard milik Ustaz Firdaus Firabib yang hilang pada Sabtu telah ditemukan di Bukit Merah, Perak.

Lelaki ditahan rosakkan kuil hindu, suspek dakwa dengar 'bisikan'
Seorang lelaki berusia 33 tahun ditahan polis selepas dipercayai memecah masuk dan merosakkan struktur logam yang dikenali sebagai sullam di sebuah kuil Hindu di Taman Sri Ampang, di sini, pagi Isnin.

Berita Biden hidap kanser “sangat sedih”, tetapi kenapa tidak didedahkan lebih awal? - Donald Trump
Presiden AS 'tuduh' doktor yang jalankan pemeriksaan ke atas Biden ketika masih berkhidmat sebagai Presiden gagal mengesan kanser tersebut.

Seorang maut, empat cedera nahas beberapa kenderaan di Lebuh Raya Utara Selatan
Mangsa yang maut dikenal pasti sebagai pemandu treler yang sedang membawa muatan batu kapur dari Simpang Pulai, Ipoh.
Ukraine, Rusia akan mula rundingan gencatan senjata segera - Trump
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, pada Isnin mengumumkan bahawa Rusia dan Ukraine akan memulakan rundingan segera ke arah gencatan senjata dan menamatkan konflik yang telah berlarutan selama tiga tahun.

Amang seksual: Hukuman penjara PU Azman dikurangkan kepada 12 tahun
Hukuman sebatan terhadap PU Azman dikekalkan oleh mahkamah walaupun tempoh penjara dikurangkan.

Pendedahan anak bongkar salah laku seksual guru tuisyen
Mangsa mendakwa kejadian itu berlaku sejak Mac lalu selepas guru itu mula mengajar di pusat tuisyen berkenaan sejak dua bulan lalu.

Pemuda mengaku amang seksual gadis dalam kelas
Kesalahan itu dilakukan pada 22 November 2023, jam lebih kurang 3.05 petang di dalam kelas sebuah sekolah menengah di Seremban.

Amang seksual fizikal: bekas penolong jurulatih boling kekal dipenjara enam tahun
Rayuan bekas penolong jurulatih boling yang didapati bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang atlet SUKMA ditolak Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu.

Pelajar tahfiz mengaku bersalah amang seksual junior
Seorang remaja mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap pelajar junior di sebuah pusat pengajian tahfiz di Hulu Langat, tahun lalu.

Bapa dipenjara 7 tahun, 4 sebatan lakukan amang seksual, miliki video lucah anak
Bapa dijatuhi penjara tujuh tahun dan empat sebatan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak kandung perempuan berusia 12 tahun lapan bulan dan memiliki video serta gambar lucah mangsa.

Wanita dipenjara 10 tahun kerana amang seksual anak perempuan jiran
Seorang wanita dihukum penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen, selepas didapati bersalah melakukan amang seksual terhadap remaja perempuan berusia 13 tahun.

Anggota TUDM didakwa amang seksual adik ipar
Lelaki berusia 26 tahun itu didakwa melakukan perbuatan itu terhadap kanak-kanak perempuan yang ketika itu berusia 12 tahun.

Warga emas dipenjara enam tahun, tiga sebatan lakukan amang seksual terhadap anak saudara
Seorang warga emas dijatuhkan hukuman penjara dan tiga sebatan selepas mengaku bersalah melakukan amang seksual terhadap anak saudaranya.

'Bomoh' muda mengaku salah lakukan amang seksual
Seorang 'bomoh' muda mengaku bersalah atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan.