awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jenayah 'cinta siber' semakin membimbangkan

Bernama
Bernama
08/03/2016
23:40 MYT
Jenayah 'cinta siber' semakin membimbangkan
Modus operandi jenayah itu menyasarkan wanita berumur antara 35 dan 45 tahun, khususnya golongan ibu tunggal yang kaya. -Gambar fail
Kes jenayah 'cinta siber' membabitkan golongan wanita sebagai mangsa di negara ini, semakin membimbangkan berikutan peningkatan kes itu setiap tahun.
Pegawai penyiasat Bahagian Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, ASP Mohd Syafiq Jinuin Abdullah berkata pada tahun lepas sahaja, sebanyak 1,646 kes jenayah siber dilaporkan membabitkan kerugian lebih RM56 juta.
"Pada 2014, sebanyak 1,015 kes sama dilaporkan berlaku dengan nilai kerugian RM52 juta," katanya kepada pemberita selepas sambutan Hari Wanita Sedunia 2016 di sini, pada Selasa.
Mohd Syafiq berkata modus operandi jenayah itu ialah menyasarkan wanita berumur antara 35 dan 45 tahun, khususnya golongan ibu tunggal yang kaya.
"Majoriti suspek warga Afrika...suspek akan memulakan perkenalan dengan menabur janji manis menerusi laman sosial seperti facebook, e-mel dan skype.
"Setelah berkenalan dan serasi dengan mangsa, suspek bertindak menipu mangsa," katanya.
Pada majlis berkenaan, seramai 200 wanita turut diberi pendedahan mengenai keselamatan dan demonstrasi mempertahankan diri.
Turut hadir, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din.
Sementara itu, Mohd Zani berkata polis sedang memperketatkan pemeriksaan kemasukan warga asing ke negara ini, bagi merekodkan identiti mereka supaya mudah dikesan apabila terbabit dengan jenayah.
Topic Berkaitan
#cinta siber
#jenayah siber dan multimedia
#Mohd Syafiq Jinuin Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan