ALOR SETAR: Polis akan mempergiatkan pemeriksaan dan rondaan di pintu masuk sempadan Malaysia-Thailand bagi membanteras kegiatan jenayah yang dijangka meningkat apabila pintu sempadan negara mula dibuka 1 April depan.
Ketua Polis Kedah Wan Hassan Wan Ahmad berkata walaupun nilai ambang kedudukan jenayah negeri menunjukkan penurunan 25 hingga 28 peratus tetapi dari perbezaan tahun ke tahun menyaksikan berlaku peningkatan sebanyak 15 peratus.
"Tahun 2021, indeks jenayah tidak tinggi kerana aktiviti sosial dan perniagaan banyak yang masih belum dibenarkan berikutan pandemik COVID-19. Tetapi, sekarang ia meningkat kerana hampir semua aktiviti sosial dan perniagaan telah beroperasi semula.
"Dijangka, kadar jenayah akan meningkat apabila pintu sempadan negara dibuka semula kerana ramai yang mengalami masalah kewangan akibat COVID-19 dan itu boleh mendorong mereka melakukan jenayah seperti mencuri, meragut dan menyeludup barang terlarang," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Terdahulu, beliau menghadiri Hari Polis Ke-215 Peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah yang turut dihadiri Timbalan Ketua Polis Kedah Datuk Mohd Roze Shaari dan ketua-ketua jabatan.
Dalam pada itu, Wan Hassan berkata, polis Kedah juga telah menubuhkan pasukan khas di peringkat IPK sejak sebulan yang lalu yang akan memfokuskan pemeriksaan dan kawalan di sempadan negara.
"Lebih 50 anggota di peringkat IPK dan daerah terlibat untuk mengawal sempadan. Kami tidak boleh jangka apa yang akan berlaku selepas dua tahun hidup dalam keadaan pandemik ini, jadi polis memang sentiasa bersedia.
"Pada Ahad ini, saya bersama Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor akan ke sempadan bersama ketua-ketua jabatan dan agensi lain untuk melihat dan membincangkan perkara yang perlu diberi perhatian sebelum pembukaan 1 April depan," katanya.
Sementara itu, beliau berkata statistik jenayah indeks negeri dari tempoh 1 Jan hingga semalam menyaksikan sebanyak 966 kes telah dicatatkan berbanding 833 kes bagi tempoh yang sama tahun lepas dan menunjukkan peningkatan sebanyak 133 kes iaitu 15.97 peratus.
"Kegiatan kecurian dan pecah rumah mencatatkan jumlah kes terbanyak berbanding kes jenayah yang lain. Kedah kini berada di tempat ke-11 dalam kedudukan jenayah indeks Malaysia bagi tempoh 1 Jan hingga 24 Mac," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 25 2022
Wan Hassan berkata walaupun nilai ambang kedudukan jenayah negeri menunjukkan penurunan 25 hingga 28 peratus tetapi dari perbezaan tahun ke tahun menyaksikan berlaku peningkatan sebanyak 15 peratus. - Bernama
EPL: Pertahan teman wanita, Rice buktikan masih wujud lelaki budiman
Pemain tengah Arsenal Declan Rice memuji teman wanita Lauren Fryer dan mempertahankannya selepas beberapa kumpulan pembenci memalukannya.
Reaksi penstrukturan semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Bersama ditalian, Ketua Kluster Mikroekonomi, Pusat Kajian Pembangunan Inklusif dan Lestari (SID), Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Mustazar Mansur.
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur
Pada 9.23 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.35 mata kepada 1,571.83 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Tahanan reman lima individu termasuk anak MB disambung hingga esok
Kesemua suspek berusia 27 hingga 37 tahun itu ditahan oleh SPRM antara pukul 7 dan 8 pagi Selasa lepas di sekitar Perlis.
[TERKINI] KWSP akan struktur semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan inisiatif penstrukturan semula akaun KWSP berkuat kuasa 11 Mei 2024 bagi tujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Kedua-dua negara juga berhasrat memperkukuhkan kerjasama mengenai perkongsian maklumat dalam pengurusan dan penyelenggaraan lebuh raya, cerun serta pertukaran tenaga kepakaran dan teknikal.
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
Penjenayah lepas dua tembakan sebelum maut ditembak polis
Seorang penjenayah bersenjata api maut dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di jalan Bukit Kechil, Napoh, pada Jumaat.
Polis Kedah tahan 4 individu sindiket pengedaran ganja bernilai lebih RM50,000
Polis menahan tiga lelaki dan seorang wanita tempatan bersama 16 kilogram (kg) dadah jenis ganja mampat bernilai RM50,250 dalam dua serbuan berasingan di Kota Setar, Khamis lalu.
Tiga lelaki terlibat samun bersenjata api ditahan
Timbalan Ketua Polis Kedah Datuk Abu Samah Mohd Noor berkata dengan penahanan ketiga-tiga suspek itu, pihaknya berjaya menyelesaikan tujuh kes samun di tiga negeri berkenaan.
'Geng Bri' tumpas, 22 kes curi dan pecah rumah selesai
Mereka terdiri daripada empat lelaki dan seorang wanita termasuk ketua kumpulan yang dikenali sebagai 'Bri' berusia 36 tahun.
Polis tumpas lima sindiket jadikan Langkawi transit penyeludupan PATI
Polis Kedah berjaya menumpaskan lima sindiket penyeludupan migran yang menjadikan Langkawi sebagai 'pusat transit', dengan penahanan 12 ejen warga tempatan dan Myanmar menerusi Op Pintas.
Polis Kedah terima 306 laporan sepanjang tempoh PRN
Polis Kedah menerima 306 laporan berkaitan pelbagai jenis aduan sepanjang tempoh Pilihan Raya Negeri (PRN) bermula 28 Julai hingga 13 Ogos lepas.
Polis Kedah terima laporan dakwaan Saifuddin ada lelaki China bekerja di MBI
Pegawai kanan MBI buat laporan di IPD Kota Setar pada Ahad menafikan dakwaan Saifuddin terdapat seorang lelaki China berkhidmat di situ.
Polis Kedah tumpaskan sindiket eksploitasi manusia dijadikan pengemis
Tiga lelaki OKU warga Kemboja dibawa dari Ulu Tiram, Johor sejak 10 hari lalu bertujuan mengemis di bandaraya Alor Setar.
PRU15: Tiada perarakan meraikan kemenangan dibenarkan di Kedah - Polis
Semua penyokong parti diingatkan agar tidak terbabit dalam sebarang perarakan bagi meraikan kemenangan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) terutama di jalan awam.
Banjir: Polis Kedah guna dron tinjau kawasan sukar dimasuki
Penggunaan dron ketika operasi menyelamat dan tinjauan di lokasi banjir terutama di kawasan sukar dimasuki, dilihat sangat efektif.