KUALA LUMPUR : Ibu bapa perlu cakna terhadap ancaman jenayah seksual terhadap kanak-kanak yang dilakukan oleh pengantun atau lebih dikenali sebagai 'groomer'.
Ini kerana menurut Pekerja Sosial Women's Centre for Change (WCC), Asmar Hamariyah Ahmad Bakhari, pengantun seksual akan melakukan tindakan awal dengan menjalinkan hubungan dan meraih kepercayaan mangsa bagi tujuan jenayah seksual.
“Pengantunan ini merupakan satu kaedah yang digunakan oleh pelaku contohnya seperti pedofilia dengan menggunakan taktik untuk mendekati mangsa dengan membentuk hubungan, wujudkan kepercayaan, kasih sayang dengan mangsa.
“Apabila mangsa dah percaya dan rasa rapat jadi mudah bagi 'groomers' untuk ambil kesempatan terhadap mangsa bagi tujuan seksual.
“Berdasarkan kes yang dikendalikan oleh pihak WCC, kanak-kanak pada usia lebih muda lebih cenderung ketika ini sejak perintah kawalan pergerakan (PKP) yang menuntuk mereka untuk belajar di rumah dan menggunakan gajet lebih kerap. Mereka ketika ini lebih mudah terdedah kepada ancaman pengantun,” jelasnya.
Pada masa sama WCC turut mendedahkan data setakat Julai 2023 menunjukkan, hampir 7,000 kes penderaan seksual kanak-kanak dilaporkan di seluruh negara.
Daripada data itu, terdapat penigkatan sebanyak 54 peratus berbanding 2018 iaitu tahun sebelum pandemik COVID-19, yang mana berdasarkan pemerhatian kes yang dikendalikan oleh WCC, mangsa mendedahkan berkenalan dengan pelaku menerusi platform media sosial.
Malah data yang dikongsikan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), sejak tahun 2017 hingga 2021, lebih 94,000 kes membabitkan gangguan seksual kanak-kanak dilaporkan dilakukan secara dalam talian.
Justeru itu, ibu bapa mememainkan peranan penting dalam memahami tanda-tanda anak-anak diantun.
Antaranya termasuk berkurung dalam bilik dan perubahan sikap yang mendadak, aktif menggunakan media sosial tanpa kawalan, mula kerap menerima hadiah dan juga perlu berhati-hati terhadap individu yang terlalu baik dengan anak-anak.
“Kita (ibu bapa) perlu mewujudkan hubungan rapat dengan kanak-kanak dengan memberi kepercayaan kepada mereka dan percaya apa mereka katakan. Penting juga untuk mendengar luahan mereka dan ibu bapa perlu bersifat terbuka.
“Ibu bapa juga perlu pandai untuk kendali emosi masing-masing dan mengawal kemarahan. Beri anak-anak ruang dan peluang. Jika boleh, seeloknya berkomunikasi secara privasi bersama anak-anak untuk mereka meluahkan masalah mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam AWANI Pagi yang membincangkan topik: Memahami Pengantunan Seksual Kanak-Kanak pada Rabu.
Tonton temu ramah penuh melalui pautan ini;
Nursyazwani Saiful Sham
Wed Dec 27 2023

Sejak tahun 2017 hingga 2021, lebih 94,000 kes membabitkan gangguan seksual kanak-kanak dilaporkan dilakukan secara dalam talian. - Gambar hiasan

Pemandu kereta rempuh penunggang motosikal bawah jejambat ditahan
Siasatan awal mendapati, penunggang motosikal yang berhenti di lorong kecemasan di bawah jejambat, dirempuh sebuah kereta dari belakang.

'Yayasan Amal Malaysia terima dana USAID - fitnah jahat'
Mohd Razali berkata, YAM beroperasi secara bebas dengan berlandaskan prinsip ketelusan, integriti dan kebertanggungjawaban dalam setiap inisiatif.

Agensi pelarian PBB gantung hampir semua bantuan perubatan di Mesir
Mulai sekarang, agensi PBB hanya boleh membiayai rawatan kecemasan dalam situasi yang mengancam nyawa, kata jurucakap UNHCR.

Turkiye penting untuk keselamatan Eropah, kata Erdogan
Erdogan menegaskan bahawa Eropah tidak boleh memastikan keselamatannya tanpa Turkiye.

Pesuruhjaya Perdagangan EU ke Washington untuk elak perang perdagangan
Sefcovic dijadualkan bertemu dengan Setiausaha Perdagangan AS, Howard Lutnick, dan Wakil Perdagangan, Jamieson Greer.

Angola tarik diri sebagai pengantara konflik DR Congo - Presiden
Pengantara baharu akan dikenal pasti dalam beberapa hari akan datang, kata presiden Angola dalam satu kenyataan.

Kesuma galak syarikat media buat caruman wartawan, jurufoto sambilan
Setakat tahun lepas, seramai 700 orang wartawan dan 500 jurugambar sambilan telah melakukan caruman dalam skim perlindungan sosial.

Singapura rampas e-vaporiser bernilai lebih AS$150,000
HSA dan ICA memaklumkan bahawa e-vaporiser tersebut dirampas dalam dua operasi berasingan.

MAHB bersedia mengukuhkan rangkaian, sambungan di Routes Asia 2025
Syarikat itu mahu melibatkan diri dalam rangkaian yang berharga, mendapatkan pandangan mengenai trend pasaran terkini.
Gerard Depardieu dibicarakan atas dakwaan gangguan seksual bermula Isnin.
Depardieu, 76 tahun, berdepan dakwaan meraba dua wanita semasa penggambaran filem The Green Shutters.

Influenza ancaman senyap dewasa dan kanak-kanak, tip pelindungan anak dan keluarga
Peningkatan ketara akibat influenza, termasuk kematian pelakon Taiwan Barbie Hsu dan pelakon China Liang You Cheng, menimbulkan kebimbangan mengenai tahap keterukan wabak itu.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 9 Mac 2025.

Jepun alami kekurangan pekerja sepenuh masa paling serius sejak COVID-19
Firma di Jepun kini menghadapi kekurangan pekerja sepenuh masa paling ketara sejak pandemik COVID-19, dengan lebih separuh daripada firma yang disoal selidik melaporkan kekurangan tenaga kerja.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.

Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19
Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.

50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam
Duta Cuba ke Malaysia Florentino Batista Gonzalez menyifatkan ulang tahun diplomatik sebagai pencapaian bersejarah untuk memperkukuh perkongsian dalam bidang utama seperti bioteknologi.

Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang aktivis RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lepas.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.