awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jenayah seksual: KPT pandang serius salah laku dalam kalangan IPT

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
21/12/2024
03:45 MYT
Jenayah seksual: KPT pandang serius salah laku dalam kalangan IPT
Kementerian menyeru agar semua pihak memberikan ruang untuk siasatan menyeluruh dilaksanakan.
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sentiasa memandang serius sebarang isu yang melibatkan mana-mana salah laku dan pelanggaran tatacara dalam kalangan warga Institusi Pendidikan Tinggi (IPT).
Kenyataan KPT menyusul susulan laporan kes gangguan seksual yang didakwa melibatkan seorang profesor di Universiti Malaya (UM).
Jelasnya, pihak universiti juga tidak pernah mengambil ringan laporan sebegini.
"Kementerian dimaklumkan isu ini telah ditangani secara rasmi sejak tarikh aduan diterima, dan Unit Integriti UM sedang menjalankan siasatan secara aktif.
"Semua prosedur serta peraturan berkaitan dipatuhi sepenuhnya. UM juga mempunyai garis panduan dan peraturan khusus berhubung isu gangguan seksual, dan langkahlangkah yang sewajarnya sedang diambil untuk melindungi hak semua pihak.
"Difahamkan, individu yang dikaitkan juga telah membuat laporan polis, dan siasatan kini sedang dijalankan oleh pihak berkuasa," jelasnya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Kementerian menegaskan bahawa sebarang tindakan yang diambil mestilah selaras dengan undang-undang sedia ada, kerana langkah yang melanggar tatacara perundangan akan mencabuli proses siasatan yang sedang berlangsung.
Sehubungan itu, Kementerian menyeru agar semua pihak memberikan ruang untuk siasatan menyeluruh dilaksanakan.
Kementerian dan pihak UM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terbukti bersalah melakukan pelanggaran undang-undang dan tindakan tatatertib yang tegas akan diambil.
Topic Berkaitan
#jenayah seksual
#KPT
#IPT
#profesor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan