awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jenazah Abdul Khalid Ibrahim tiba di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

Fareez Azman
Fareez Azman
01/08/2022
02:58 MYT
Jenazah Abdul Khalid Ibrahim tiba di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Jenazah Abdul Khalid Ibrahim tiba di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Masjid Negeri Shah Alam memberi peluang kepada orang ramai untuk menziarah dan beri penghormatan terakhir kepada Allahyarham bermula jam 11 pagi hingga 1 tengah hari.
SHAH ALAM: Jenazah bekas Menteri Besar Selangor Allahyarham Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tiba di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 5, di sini, sebentar tadi
Jenazah bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tiba di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 5 di Shah Alam bagi memberi peluang kepada rakyat Selangor memberikan penghormatan terakhir. Norsyafawati Wahab/BERNAMA pic.twitter.com/UZKBUGxVZl
— BERNAMA (@bernamadotcom) August 1, 2022
Ia bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk menziarah dan beri penghormatan terakhir kepada Allahyarham bermula jam 11 pagi hingga 1 tengah hari.
Jenazah Allahyarham Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dibawa ke Masjid Negeri Shah Alam. Orang ramai boleh memberi penghormatan terakhir jam 11.00-1.00 petang. @501Awani #PerginyaKhalidIbrahim
— Fareez Azman (@FareezAzmann) August 1, 2022
Terdahulu jenazah Allahyarham selesai disolatkan di Masjid Umar Al Khattab pada jam 10 pagi sebelum dibawa ke Masjid Negeri Shah Alam pada jam 11 pagi.
BACA: Jenazah Khalid Ibrahim selesai dimandi, dikafankan
Jenazah Allahyarham Abdul Khalid dijadual dikebumikan di Makam Di Raja Shah Alam pada jam 2 petang ini selepas disolatkan sekali lagi pada jam 1.40 tengah hari.
Abdul Khalid meninggal dunia di Hospital Cardiac Vascular Sentral pada Ahad malam.
BACA: Bekas MB Selangor, Khalid Ibrahim meninggal dunia
Allahyarham dimasukkan ke hospital sejak 23 April lalu akibat jangkitan pada injap jantung.
Allahyarham yang berusia 76 tahun meninggalkan isteri, Puan Sri Salbiah Tunut, empat anak, dan dua cucu.
Topic Berkaitan
#Abdul Khalid Ibrahim
#Masjid Negeri Shah Alam
#Masjid Umar Al Khattab
#masjid sultan salahuddin abdul aziz shah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan