[TERKINI] Perang Israel-Iran Bakal Tamat? | Trump Umum Gencatan Senjata Penuh. Klik di sini untuk laporan penuh dan reaksi global.
NATIONAL

Jenazah Abdul Khalid Ibrahim tiba di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

Fareez Azman 01/08/2022 | 02:58 MYT
Jenazah Abdul Khalid Ibrahim tiba di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Masjid Negeri Shah Alam memberi peluang kepada orang ramai untuk menziarah dan beri penghormatan terakhir kepada Allahyarham bermula jam 11 pagi hingga 1 tengah hari.
SHAH ALAM: Jenazah bekas Menteri Besar Selangor Allahyarham Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tiba di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 5, di sini, sebentar tadi
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ia bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk menziarah dan beri penghormatan terakhir kepada Allahyarham bermula jam 11 pagi hingga 1 tengah hari.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Terdahulu jenazah Allahyarham selesai disolatkan di Masjid Umar Al Khattab pada jam 10 pagi sebelum dibawa ke Masjid Negeri Shah Alam pada jam 11 pagi.
BACA: Jenazah Khalid Ibrahim selesai dimandi, dikafankan
Jenazah Allahyarham Abdul Khalid dijadual dikebumikan di Makam Di Raja Shah Alam pada jam 2 petang ini selepas disolatkan sekali lagi pada jam 1.40 tengah hari.
Abdul Khalid meninggal dunia di Hospital Cardiac Vascular Sentral pada Ahad malam.
BACA: Bekas MB Selangor, Khalid Ibrahim meninggal dunia
Allahyarham dimasukkan ke hospital sejak 23 April lalu akibat jangkitan pada injap jantung.
Allahyarham yang berusia 76 tahun meninggalkan isteri, Puan Sri Salbiah Tunut, empat anak, dan dua cucu.
#Abdul Khalid Ibrahim #Masjid Negeri Shah Alam #Masjid Umar Al Khattab #masjid sultan salahuddin abdul aziz shah