awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Venezuela bebaskan lebih 30 tahanan termasuk aktivis
Rose, Bruno Mars buka Anugerah Grammy dengan persembahan bertenaga
LHDN kenal pasti 14,858 pemastautin cukai Malaysia dengan baki kewangan luar negara lebih RM10bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jenazah Abdul Wahab selamat dikebumikan

Bernama
Bernama
11/01/2022
21:58 MYT
Jenazah Abdul Wahab selamat dikebumikan
Jenazah Abdul Wahab selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Ubi, Kuantan, malam tadi --fotoBERNAMA
KUANTAN: Jenazah Setiausaha Akhbar Menteri Besar Pahang Datuk Abdul Wahab Mohamad Ali selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Ubi di sini, pada 9.40 malam tadi.
Jenazah sebelum itu disembahyangkan di Masjid al-Muhajirin Indera Mahkota 5 di sini, selepas solat Isyak dengan diimamkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Pahang Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad.
Abdul Wahab, 61, meninggal dunia pada 5.42 petang semalam di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini akibat kanser darah.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri Laily Mohd Ebram, 62, dan dua anak perempuan serta sepasang cucu.
Beliau yang juga bekas Penolong Editor Meja Berita Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) merupakan setiausaha akhbar kepada tiga Menteri Besar Pahang iaitu Tun Mohd Khalil Yaakob, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
BACA: PM zahir ucapan takziah atas pemergian Abdul Wahab
BACA: Setiausaha Akhbar MB Pahang meninggal dunia
Sementara itu, anak bongsu Allahyarham Siti Amirah, 30, berkata bapanya mula dikesan menghidap penyakit itu sekitar Julai 2021 dan mendapatkan rawatan di dua buah hospital di sini, namun keadaannya semakin teruk mulai November tahun lepas.
"Ayah baru pulang ke rumah pada Jumaat lepas (7 Jan) selepas lapan hari menerima rawatan di HTAA. Bagaimanapun beliau dikejarkan semula ke HTAA pada petang semalam kerana sesak nafas.
"Semasa itu, doktor sudah beritahu keadaannya tidak baik dan meminta kami untuk bersedia (untuk kehilangannya)," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Setiausaha Akhbar Menteri Besar Pahang
#Abdul Wahab Mohamad Ali
#kebumi
#kanser darah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan