Jenazah Adibah Noor selamat dikebumikan

Hasimi Muhamad
Jun 19, 2022 03:38 MYT
Jenazah Allahyarham Adibah Noor Mohamed Omar, 51, selamat dikebumikan pada jam 11.31 pagi di Tanah Perkuburan Islam Taman Permai hari ini. -Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Jenazah penyanyi dan pelakon versatil Allahyarham Adibah Noor Mohamed Omar, 51, selamat dikebumikan pada jam 11.31 pagi di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat Permai, di sini, hari ini.
Pelantun lagu "Terlalu Istimewa" itu meninggal dunia pada jam 7.45 malam Sabtu (18 Jun) di sebuah hospital swasta di ibu negara, akibat kanser ovari.
Sebelum itu, jenazah Allahyarham selesai dimandi, dikafan dan disolatkan di Masjid Al Ansar di sini.
Ratusan hadirin termasuk ahli keluarga, sahabat dan rakan artis tampil memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.
Antara rakan selebriti yang hadir memberikan penghormatan terakhir ialah penyanyi dan komposer Datuk M.Nasir, Anuar Zain, Datuk Hans Isaac, dan pelakon Remy Ishak.
BACA: Kenalan artis hadir, beri penghormatan terakhir kepada Allahyarham Adibah Noor
BACA: Adibah Noor tak pernah mengadu tentang diri, sentiasa 'okay' - Hans Isaac
BACA: Adibah Noor miliki personaliti menawan - Fahmi
Untuk rekod, kemunculan awal Allahyarham di layar perak bermula pada tahun 2005 dalam filem antaranya "Sepet", "Gubra" dan "Mukhsin" karya sutradara Yasmin Ahmad, dan sejak itu beliau membuat kemunculan dalam puluhan drama televisyen dan filem tempatan.
Dalam dunia nyanyian, beliau sempat merakamkan dua buah album studio iaitu "Terlalu Istimewa" (2005) dan "Teman" (2010), selain turut merakamkan banyak single khas, termasuk duet bersama penyanyi lain.
Sepanjang hayatnya juga, Adibah dikenali sebagai individu yang senang mendekati pengikut dan peminatnya menerusi platform media sosial.
BACA: 'Maaf, aku tak dapat tolong kerana aku sendiri memerlukan' - Adibah Noor
Allahyarham antara lain diingati sebagai figura umum yang suka mendidik berkaitan penguasaan bahasa Inggeris, selain berkongsi cerita seni persembahan dan kesedaran menjaga alam sekitar serta haiwan terutamanya kucing.
BACA: PM ucap takziah pemergian Adibah Noor
BACA: Adibah Noor, bintang serba boleh yang akan dirindui
BACA: Mohon maaf, ucapan takziah pada Pak Hamid, antara ciapan terakhir Adibah Noor
BACA: Biaya umrah sahabat, kebaikan Adibah Noor dibawa ke syurga
Mengenang Adibah | Rakan artis sedih dengan pemergian Allahyarham
#Adibah Noor #Tanah Perkuburan Islam Taman Permai #kanser ovari #penyanyi dan pelakon versatil