awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Adibah Noor miliki personaliti menawan - Fahmi

Saharudin Musthafa
Saharudin Musthafa
19/06/2022
02:00 MYT
Adibah Noor miliki personaliti menawan - Fahmi
Kata Fahmi, sepanjang mengenali Adibah, Allahyarham sangat disenangi ramai dan mudah menerima sesiapa sahaja sebagai kenalan dalam hidupnya. -Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Adibah Noor akan kekal dalam ingatan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil sebagai seorang anak seni terbilang negara.
Tidak hanya dilahirkan sebagai seorang artis berjiwa besar, bahkan Allahyarham Adibah juga, kata Fahmi, memiliki personaliti yang menawan.
Kata Fahmi, sepanjang mengenali Adibah, Allahyarham sangat disenangi ramai dan mudah menerima sesiapa sahaja sebagai kenalan dalam hidupnya.
"Bukan hanya seorang yang sentiasa merendah diri, bahkan mudah berkawan dan memiliki bakat seni yang luar biasa.
"Arwah Adibah seorang insan dan sahabat yang sangat baik, tidak pernah suka membebankan orang lain, sangat penyayang," kata Fahmi kepada wartawan ketika ditemui di Masjid Al-Ansar, Taman Keramat, di sini, hari ini.
Hadir memberi penghormatan terakhir pada sahabatnya itu, Fahmi mengakui, beliau tidak mampu menahan sebak sebaik menerima berita duka pemergian Allahyarham Adibah malam tadi.
Menurut Fahmi, pemergian Adibah secara mendadak akibat kanser ovari sangat nengejutkan seluruh penggiat seni.
"Saya seperti tidak percaya mendapat berita pemergian beliau.
"Apa yang sangat menyedihkan kami rakan-rakan juga ialah kami tidak tahu beliau sakit. Itu yang amat memilukan," jelas Fahmi lagi.
Menyingkap personaliti Allahyarham, Fahmi berkata, Adibah juga merupakan contoh insan seni yang sentiasa tidak pernah gentar belajar setiap masa dan ketika.
"Dan jika beliau dikritik sekalipun, arwah tidak pernah melenting, sebaliknya, sentiasa mengambil kritikan dari sudut yang positif.
"Itulah kelebihan Adibah yang akan saya kenang sampai bila-bila," ujar Fahmi.
Topic Berkaitan
#Adibah Noor
#Fahmi Fadzil
#Ahli Parlimen Lembah Pantai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan