awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Elon Musk cipta rekod baharu dengan nilai kekayaan AS$852.5 bilion
Sembilan ekar Hutan Simpan Kuala Langat masih terbakar - JBPM Selangor
Nilai transaksi SARA cecah RM4.8 bilion sepanjang 2025 - Amir Hamzah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jenazah anggota polis maut selamat dikebumikan

Bernama
Bernama
27/05/2014
05:54 MYT
Jenazah anggota polis maut selamat dikebumikan
KEBUMI: Jenazah Lans Koperal Mohd Azuan Abdullah selamat dikebumi
Jenazah Lans Koperal Mohd Azuan Abdullah yang maut selepas motosikalnya dirempuh sebuah kereta dinaiki penjenayah di Batu 10, Parit Buntar, Perak semalam, selamat dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Batu 23, di sini hari ini.
Suasana mendung dan gerimis mengiringi pengebumian jenazah yang sebelum itu disembahyangkan di Masjid Kampung Rahmat.
Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Ismail Yatim antara lebih 100 orang termasuk warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) hadir mengiringi jenazah ke tanah perkuburan itu.
Dalam insiden 1.15 tengah hari itu, Mohd Azuan, 25, anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian, maut di tempat kejadian manakala rakan setugas cedera parah selepas motosikal yang ditunggang mereka dirempuh kereta penjenayah.
Kejadian berlaku ketika kedua-duanya dilapor sedang mengejar sebuah kereta yang dinaiki suspek dalam kes samun.
Sementara itu, Ismail yang ditemui pemberita kemudian menyifatkan kematian Mohd Azuan sebagai satu kehilangan besar kepada warga PDRM kerana Allahyarham merupakan anggota yang berdedikasi.
Beliau berkata polis kontinjen Johor akan mengadakan majlis tahlil untuk Allahyarham selain menyampaikan sumbangan kepada keluarganya di Taman Scientex, di sini, bagi meringankan beban mereka.
"Kita sedia maklum tugas pegawai dan anggota polis pada masa kini amat mencabar dan sehubungan itu saya juga ingin meminta mana-mana pihak yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian terbabit tampil membantu polis," katanya.
Topic Berkaitan
#Datuk Acryl Sani Abdullah Sani
#jenazah
#maut
#Mohd Azuan
#penjenayah
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan