awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyokong sentiasa berada dengan pasukan - CEO Selangor
'Alhamdulillah', 'Insya-Allah' oleh bukan Muslim dibenar selagi dengan niat baik - IKIM
Pilihan raya Thailand jadi tumpuan, keputusan sukar diramal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jenazah Bella selamat dikebumikan

Muhammad Aiman Hakeem
Muhammad Aiman Hakeem
24/01/2024
11:10 MYT
Jenazah Bella selamat dikebumikan
Jenazah Mila Sharmilah Samsusah atau Bella selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Banang Jaya kira-kira jam 6 petang tadi. -Astro AWANI
BATU PAHAT: Jenazah Mila Sharmilah Samsusah, 32, atau lebih dikenali sebagai Bella, selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Banang Jaya, di sini, kira-kira jam 6 petang.
Ketibaan jenazah yang dibawa menaiki van pada jam 5.30 petang itu turut disambut lebih 200 orang hadirin di tanah perkuburan itu.
Jenazah Bella sebelum itu disolatkan di Masjid Datuk Bentara, di sini, berhampiran dengan kampung halamannya.
Keadaan sayu menyelubungi suasana di tanah perkuburan dengan kehadiran ahli keluarga termasuk dua anak arwah yang berusia dua dan lima tahun.
Urusan pengebumian itu turut dihadiri pendakwah terkenal, Ebit Lew yang sempat memberikan penghormatan terakhir buat arwah ibu tunggal itu.
Sebelum ini, Bella dilaporkan hilang dan gagal dikesan sejak 14 Disember lalu selepas keluar daripada rumah untuk ke kedai dobi.
Dua laporan polis dibuat ahli keluarga berhubung kehilangan wanita itu pada 16 dan 18 Disember.
Pada 19 Januari tahun ini, penemuan rangka manusia termasuk tengkorak dalam sebuah rumah terbengkalai di Kampung Batu 7, Tongkang Pecah, di sini, merungkai misteri kehilangan Bella.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Polis Ismail Dollah mengesahkan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) rangka itu sepadan dengan sampel daripada ibu dan kakak kepada Bella.
Susulan itu, suspek utama kes berkenaan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Batu Pahat, di sini, pada Rabu, atas pertuduhan membunuh ibu kepada dua anak itu.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan tertuduh Mohammad Haikal Mahfuz, 25, yang hanya mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurasidah A. Rahman.
Topic Berkaitan
#Bella
#Mila Sharmilah Samsusah
#Tanah Perkuburan Islam Banang Jaya
#Masjid Datuk Bentara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan