[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
NATIONAL

Jenazah Dr Fadi dibawa pulang ke Mesir petang ini - MyCARE

Astro Awani 25/04/2018 | 05:27 MYT
Jenazah Dr Fadi M R Albatsh diusung ke Surau Medan Idaman untuk disembahyangkan hari ini. Dr Fadi merupakan seorang pensyarah kejuruteraan elektrik di sebuah institusi pengajian tinggi swasta. - Foto Shahir Omar
Jenazah warga Palestin, Dr Fadi Al Batsh akan dibawa pulang ke Mesir melalui satu penerbangan Saudi Airlines pada jam 7.30 petang ini.
Jenazah beliau akan diiringi keluarganya termasuk isteri dan tiga orang anak beliau.
Perkara ini disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MyCARE, Kamarul Zaman Shaharul Anwar dalam satu kenyataan media hari ini.
Kenyataan itu turut menyebut sudah ada kelulusan membawa masuk jenazah Fadi ke Mesir.
Astro AWANI turut membawakan siaran langsung solat jenazah Allahyarham di surau Medan Idaman, Setapak di ibu negara di Facebook Live (501 Awani) hari ini.
BACA: Siapa Dr Fadi AlBatsh?
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
MyCARE
BACA: ATM bantu PDRM kesan suspek kes bunuh Dr Fadi - Hishammuddin
BACA: Isteri Dr Fadi akan pulang ke Palestin buat selama-lamanya
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Beberapa hari lalu, Menteri Pertahanan Israel, Avigdor Lieberman dilaporkan meminta pihak berkuasa Mesir supaya tidak membenarkan mayat Dr Fadi M R Albatsh Fatma dibawa masuk ke Semenanjung Gaza, lapor portal berita Palestin News Network.
Lieberman dilaporkan berkata menerusi satu kenyataan kepada media tempatan, pihaknya sudah menghantar permintaan itu menggunakan kaedah konvensional dan menegaskan perkara itu tidak terletak di bawah bidang kuasanya memandangkan kawasan sempadan Rafah berada di bawah kuasa Mesir.
#Dr Fadi Al Batsh #Gaza #jenazah #Kamarul Zaman Shaharul Anwar #keluarga #MyCare