awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia teruskan peningkatan dipacu belian saham murah
200 veteran ATM dijangka sertai AKPS bermula suku pertama tahun ini
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jenazah guru maut kemalangan di Miri selamat dikebumikan

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
05/09/2020
21:56 MYT
Jenazah guru maut kemalangan di Miri selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham Nur Anisah Othman dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Cerok Tok Kun, Bukit Mertajam jam 2 pagi Ahad. -Astro AWANI
Jenazah Allahyarham Nur Anisah Othman, 29, guru Sekolah Rendah Kebangsaan Lio Mato, Baram, Sarawak yang maut dalam kemalangan di Miri selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Cerok Tok Kun, Bukit Mertajam jam 2 pagi Ahad.
Lebih 100 ahli keluarga, sanak saudara dan rakan-rakan hadir mengiringi jenazah Allahyarham Nur Anisah.
Terdahulu, jenazah Nur Anisah diiringi suaminya Muhamad Faisal Mohd Noor, 31, tiba di rumah keluarga pada jam 1.30 pagi dan disembahyangkan sebaik tiba dari Kuala Lumpur.
Sementara itu, Muhamad Faisal yang ditemui berkata beliau reda dengan pemergian isterinya dan tidak menyangka pertemuan pada 27 Ogos lepas adalah pertemuan mereka yang terakhir.
"Kali terakhir jumpa arwah isteri saya minggu lepas, Rabu 27 hari bulan ketika hantar dia ke lapangan terbang. Itu kali terakhir jumpa.
"Kami selalu keep in touch, apa dia buat dia akan beritahu.
"Tapi bila saya terima panggilan daripada kawan dia kata kemalangan, tak sedarkan diri, saya tahu kemalangan ada ketentuan, dah takdir.
"Bila dapat panggilan kedua dari nombor sama tapi orang berlainan, saya dah dapat agak dah," kata Muhammad Faisal.
Nur Anisah maut selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki bersama tiga rakannya terbabas dan terjunam ke dalam gaung di Kampung Long San kira-kira 220 kilometer dari Miri.
Mereka terbabit kemalangan ketika dalam perjalanan pulang ke sekolah selepas tamat tempoh kuarantin di sebuah hotel.
Tiga rakannya bernasib baik kerana hanya mengalami kecederaan.
Nur Anisah yang baharu berkahwin setahun lalu telah enam tahun mengajar di Sarawak.
Topic Berkaitan
#guru
#Kampung Long San
#kemalangan
#Muhamad Faisal Mohd Noor
#Nur Anisah Othman
#Tanah Perkuburan Islam Masjid Cerok Tok Kun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan