awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
Clinton setuju beri keterangan dalam diasatan Dewan Perwakilan berkaitan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jenazah Haron Din selamat dikebumikan di California

Bernama
Bernama
17/09/2016
02:14 MYT
Jenazah Haron Din selamat dikebumikan di California
Dr Haron meninggal dunia pada 10.10 pagi semalam (waktu Malaysia) di Hospital Stanford University, San Francisco akibat komplikasi jantung.
Jenazah Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Five Pillars, 1761 Laughlin Road, Livermore, California, Amerika Syarikat.
Jenazah Allahyarham Haron, 76, disemadikan pada pukul 5.57 petang Jumaat waktu tempatan (8.57 pagi Sabtu waktu Malaysia) selepas selesai solat jenazah yang diimamkan anaknya, Hamdi di Masjid An Noor Santa Clara, San Francisco.
Haron meninggal dunia pada 10.10 pagi semalam (waktu Malaysia) di Hospital Stanford University, San Francisco akibat komplikasi jantung.
Allahyarham dimasukkan ke hospital berkenaan bagi mendapatkan rawatan lanjut berhubung masalah jantung yang dihidapinya.
Anaknya Dr Huda Haron berterima kasih kepada semua pihak yang membantu melancarkan majlis pengkebumian jenazah bapanya itu.
"Alhamdulilah.... tempat rehat baba (Allahyarham Haron) dan bersemadinya jasad baba yang mulia. Sempurna dengan bantuan insan-insan yang membantu tanpa soal jawab dan tak mengira apa jua. Terima kasih daripada kami sekeluarga," katanya menerusi laman sosial Facebook.
BACA: Dr Haron Din meninggal dunia
BACA: 6 fakta penting kaitan Dr Haron Din dan Darussyifa
BACA: Siapa Dr Haron Din yang kita kenali
Huda berkata beliau terkejut dengan kehadiran orang ramai yang merakamkan ucapan takziah di atas pemergian bapanya itu.
"Ramai jemaah masya-Allah... jemaah solat Jumaat tiga lapis. Alhamdulillah.. Tsummalhamdulilahh Tsummalhamdulilah.. Berebut-rebut jemaah datang memeluk dan menyantuni takziah pada kami.
"Terpana!!! Tidak sangka, tidak pernah bersua...tidak pernah bersapa... tidak kenal siapa, cuma ukhuwwah fillah... hangatnya persaudaraan di sini," katanya.
Solat jenazah ghaib diadakan di beberapa tempat antaranya di Madrasah Addiniah Al-Islamiah (MADI), Kampung Jejawi Dalam, Arau, Perlis dan di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam hari ini. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#California
#Five Pillars
#Haron Din
#kebumi
#tanah perkuburan Islam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan