awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jenazah legenda bola sepak negara Mohamad Bakar selamat dikebumikan

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
08/11/2020
09:52 MYT
Jenazah legenda bola sepak negara Mohamad Bakar selamat dikebumikan
Sanak saudara terdekat dan sahabat handai memenuhi perkarangan tanah perkuburan bagi memberi penghormatan terakhir buat Allahyarham. - Foto Astro AWANI
BUTTERWORTH:Jenazah legenda bola sepak negara, Allahyarham Datuk Mohamad Bakar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bagan Ajam, Butterworth selepas solat Asar pada Ahad.
Sanak saudara terdekat dan sahabat handai memenuhi perkarangan tanah perkuburan bagi memberi penghormatan terakhir buat Allahyarham.
Terdahulu, jenazah Allahyarham disembahyangkan di masjid Bagan Ajam sebelum dibawa ke tanah perkuburan di situ.
Allahyarham Mohamad menghembuskan nafas terakhir pada jam 10.50 pagi Ahad di Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), Universiti Sains Malaysia, Kepala Batas akibat penyakit kegagalan tulang sum-sum menghasilkan darah.
Sementara itu beberapa rakan seperjuangan Mohamad menyifatkan pemergian bekas pemain bola sepak negara itu satu kehilangan besar kepada dunia bola sepak negara.
Bagi mereka beliau bukan saja digeruni sebagai pemain bola sepak malah turut mempunyai kewibawaan sebagai jurulatih.
Menurut rakan seperjuangannya, Khalil Hashim, 73, Allahyarham yang bermain sebagai sayap kanan adalah seorang pemain bola sepak berkaliber dan sering menunjukkan komitmen tinggi setiap kali berada di atas padang.
Selepas terpilih mewakili skuad negara, beliau meneruskan komitmennya dalam bola sepak dengan menjadi jurulatih selepas beberapa tahun bergelar pemain.
Seorang lagi rakan sepermainan Mohamad, N Baskaran, 69, menyifatkan kehilangan arwah tiada galang ganti malah, pemain itu yang dipanggilnya cikgu digeruni pasukan lawan kerana mempunyai tendangan kaki kanan yang padu.
Rakan seperjuangan lain yang turut menziarahi jenazah arwah di Taman Teluk Molek, Teluk Air Tawar ialah Rahim Mohamed dan Shukor Saleh.
Mohamad yang juga bekas guru memulakan kerjaya dalam sukan bola sepak dengan Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang sekitar 1960-an sebelum dipilih menyertai skuad negara dalam Sukan Olimpik Munich, Jerman pada 1972.
Selepas itu beliau menjadi penolong jurulatih skuad Olimpik Moscow 1980 sebelum dilantik sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya pada 1985.
Topic Berkaitan
#Mohamad Bakar
#legenda bola sepak meninggal dunia
#Olimpik Munich
#dikebumikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan