KUALA KANGSAR : Jenazah lima beranak yang maut dalam kemalangan di Jalan Kuantan – Segamat di Pahang selamat dikebumikan dalam satu liang lahad atas permintaan keluarga.
Kesemua jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Labu Kubong, Lubuk Merbau di sini pada jam 10.15 malam.
Terdahulu jenazah tiba di kediaman keluarga di Kampung Labu Kubong dibawa menaiki tiga van diiringi dua kereta peronda polis (MPV) kira-kira jam 8.25 malam.
Kelima-lima jenazah kemudian disembahyangkan para jemaah yang terdiri daripada kalangan keluarga dan kenalan dengan suasana hiba.
Jenazah kemudiannya dibawa ke tanah perkuburan yang terletak kira-kira 500 meter dari kediaman keluarga.
Mangsa maut adalah Muhammad Rosli Ibrahim, 33 tahun; isterinya, Nur Afiqah Abdullah Sani, 35; serta tiga anak iaitu Nur Safwa Irdina, 7; Nur Sofea Raida, 6; dan seorang bayi lelaki Rizqy Ramadhan berusia setahun dua bulan.
Dalam kejadian tragis kira-kira jam 3 petang semalam itu, lima beranak maut selepas terbabit dalam kemalangan di di Jalan Kuantan - Segamat dekat Kampung Pulau Manis, Kuantan.
BACA: Lima beranak maut: Adik sekeluarga 'hilang' sekelip mata - Kakak
Kemalangan itu dipercayai berlaku apabila kereta jenis Toyota Corolla dipandu Muhammad Rosli dari arah Muadzam Shah menghala ke Kuantan telah memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah treler.
Lima beranak itu dikatakan ke Kuantan untuk urusan berkaitan pungutan hasil tanah.
Amirrul Rabbani
Wed Jun 29 2022
Kesemua jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Labu Kubong, Lubuk Merbau pada jam 10.15 malam. - Astro AWANI
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Perdana Menteri Haiti, Ariel Henry akhirnya menyerahkan surat peletakan jawatan pada Khamis selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu. Surat rasmi peletakan jawatan yang ditandatangani Ariel Henry diserahkan di Los Angeles dan dikongsi pejabat Perdana Menteri Haiti bersamaan tarikh majlis presiden peralihan ditubuhkan.
Jenazah lima beranak selamat dikebumi dalam satu liang lahad
Kesemua jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Labu Kubong, Lubuk Merbau pada jam 10.15 malam.