KUANTAN: Tidak pernah terlintas di fikiran kehilangan adik yang mesra disapa 'Lok' dalam sekelip mata dan lebih memilukan tiada lagi ucapan selamat hari jadi yang akan diterima seperti tahun sebelum ini.
Siti Jainah Basiron, 45, kakak kepada Allahyarham Muhammad Rosli Ibrahim, 33, yang maut dalam kemalangan bersama isteri serta tiga anaknya semalam berkata kali terakhir dia berhubung dengan adiknya pada awal pagi kejadian.
"Saya ada mesej di WhatsApp Lok semalam dan dia membalas pada 9.27 pagi memaklumkan akan ke Pahang kerana ada urusan di pejabat tanah Pekan sebelum ke Chini yang juga kampung isterinya.
"Kami memang selalu berhubung kadang-kadang telefon atau panggilan video dan kali terakhir kami berjumpa ketika berkumpul pada Aidilfitri baru-baru ini di Kuala Kangsar, Perak," katanya sebak ketika ditemui di Unit Perubatan Forensik di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 3 petang semalam, Muhammad Rosli bersama isterinya Nor Afiqah Abdullah Sani, 35, dan anak mereka Nur Safwa Irdina, 7, Nur Sofea Raida, 6, dan bayi lelaki Rizqy Ramadhan berusia setahun dua bulan maut di tempat kejadian.
Kejadian tragis itu dipercayai berlaku apabila kereta jenis Toyota Corolla dipandu Muhammad Rosli dari arah Muadzam Shah menghala ke Kuantan telah memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah treler.
BACA: 5 sekeluarga maut kereta bertembung treler
BACA: Luluh terima khabar anak, menantu, tiga cucu maut nahas
Suri rumah itu turut memaklumkan dia mendapat perkhabaran duka mengenai adik kesayangannya pada sekitar 5 petang semalam daripada kakak kedua mereka yang menetap di Perak.
Menurutnya, Muhammad Rosli yang juga pemandu bas dan anak ke-10 daripada 13 beradik sering singgah di rumahnya di Kota Tinggi sekiranya bertugas di Johor.
"Kalau ke Johor arwah mesti singgah rumah kerana kami agak rapat dan hari ini adalah ulang tahun saya ke-45, tiada lagi ucapan dan doa daripada Lok," katanya.
Siti Jainah berkata jenazah adiknya sekeluarga akan dibawa ke Kampung Labu Kubung Kuala Kangsar, Perak untuk dikebumikan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 29 2022
Waris terdekat berada di Unit Perubatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk proses pengecaman hari ini. - Foto BERNAMA
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
Mengenang Tun Mohammed Hanif Omar 1939-2024
Baik bagi mengenang pemergian tokoh negara berjiwa besar Allahyarham Tun Haniff Omar
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Perluasan konflik serantau, Asia Barat
Prof Dr Azmi Hassan, Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara NASR
Lima beranak maut dalam perjalanan ke rumah datuk di Tapah
Pelajar Tingkatan 4 Sekolah Izzuddin Shah itu berkata, kali terakhir dia bertemu dengan mereka ialah pada cuti Hari Raya yang lalu.
Lima beranak maut: Adik sekeluarga 'hilang' sekelip mata - Kakak
Kejadian berlaku apabila kereta dipandu Muhammad Rosli dari arah Muadzam Shah menghala ke Kuantan memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah treler.