awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anthropic tegaskan Claude kekal bebas iklan
Anak gajah Asia betina lahir di Zoo Nasional Smithsonian selepas hampir 25 tahun
Hari Wilayah 2026: Presiden Mahkamah Rayuan dahului senarai penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jenazah pendaki Zahalita Othman selamat dikebumi di Kota Tinggi

Bernama
Bernama
09/02/2024
01:23 MYT
Jenazah pendaki Zahalita Othman selamat dikebumi di Kota Tinggi
Anak-anak Allahyarham Zahalita turut membantu urusan pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Felda Sungai Mas, Kota Tinggi, kira-kira jam 2 pagi tadi. - Foto Sinar Harian
KOTA TINGGI: Jenazah pendaki Zahalita Othman, 52, yang meninggal dunia akibat sesak nafas ketika mendaki Gunung Reskit di Kuala Tahan, Pahang Selasa lepas selamat dikebumikan pada 2 pagi tadi di Tanah Perkuburan Islam Felda Sungai Mas di sini.
Suasana pilu menyelubungi kawasan perkuburan yang dihadiri ahli keluarga, penduduk setempat dan kenalan rapat kepada ibu lima anak itu.
Sebelum itu, jenazah disolatkan di kampung halamannya pada 1.15 pagi sejurus selepas van yang membawa jasad Allahyarham dari Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan tiba.
Sementara itu, anak ketiga Zahalita iaitu Luqman Haziq Saharuddin, 25, mengakui masih terkejut dengan pemergian ibunya.
"Ibu mula minat mendaki sejak empat atau lima tahun lepas. Mula-mula agak terkejut dan seperti tidak percaya ibu sudah tiada sebab kita kenal ibu kita, dia tiada sakit dan seorang yang sihat tetapi kami reda dengan pemergiannya," kata beliau.
Safiyyah Umairah, 17, yang juga anak bongsu Allahyarham pula berkata wanita itu sempat memasak dan menyimpan bekalan masakan selama seminggu untuk anak-anaknya.
"Kebiasaannya, ibu akan minta kami masak sendiri sebab selalunya ibu mendaki ke mana-mana tempat dalam tiga atau empat hari sahaja tetapi kali ini ambil masa seminggu dan ibu siap pesan kepada kami untuk panaskan masakan tersebut.
"Kali terakhir sebelum pergi mendaki, ibu juga sempat meminta kami mendoakan semoga ibu selamat pergi dan balik," katanya.
Jasad Zahalita berjaya dibawa keluar dari lokasi gunung tersebut selepas usaha yang dilakukan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sebelum itu gagal akibat cuaca buruk.
Mangsa yang meninggal dunia pada 7.30 pagi mengikuti program pendakian gunung bersama kumpulannya sejak 1 Feb lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pendaki wanita meninggal dunia
#Zahalita Othman
#Gunung Reskit
#kebumi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan