SEMENYIH: Jenazah Prof Madya Dr Hamidin Abd Hamid selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Semenyih kira-kira jam 10 pagi tadi.
Sebelum itu, jenazah Allahyarham dikafan dan disolatkan di Masjid Raja Muda Musa, Pekan Semenyih, yang turut dihadiri ahli keluarga, sanak saudara selain sahabat handai beliau.
Penganalisis politik terkenal dari Universiti Malaya (UM) itu meninggal dunia sekitar jam 4.30 petang semalam, di kediamannya di Taman Desa Mewah, di sini.
Berita pemergian beliau dimaklumkan oleh pengurusan Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, UM yang turut dikongsikan kepada Astro AWANI.
Menurut anaknya, Naim Hamid, 19 tahun, beliau sekeluarga baru sahaja tiba dari Melaka sebelum ayahnya itu ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan di dalam bilik air rumahnya.
"Ayah tidak menunjukkan sebarang tanda sakit ketika itu, walaupun memang dia selama ini mempunyai masalah buah pinggang dan tekanan darah tinggi.
"Tetapi dia nampak biasa sahaja di rumah, sejurus tiba dari Melaka, dan sempat bermain dengan kucing sebelum naik ke tingkat atas," katanya yang ditemui selepas selesai majlis pengkebumian di sini.
Naim yang menghubungi pasukan perubatan yang kemudiannya mengesahkan ayahnya itu sudah meninggal dunia.
Allahyarham Hamidin, 50 tahun, meninggalkan seorang balu Faizah Bazied, 53 tahun, dan empat orang anak.
Beliau ketika hayatnya merupakan antara pemerhati politik yang disegani dan sering muncul dalam pelbagai program bual bicara terbitan Astro AWANI bagi berkongsi pandangan dan aspirasi mengenai dunia politik.
Malah, Hamidin yang juga Felo Penyelidik ILHAM Centre merupakan antara tokoh yang sentiasa memberikan pandangan dan kritikan yang bernas, selain memiliki kredibiliti dalam setiap kajian yang dilakukan, dalam konteks politik negara.
Justeru, tidak hairanlah kelibat dan pandangan Allahyarham ketika hayatnya sentiasa dicari oleh pelbagai pihak termasuk media di negara ini setiap kali membabitkan isu politik.
Raja Hisyam Raja Zaid
Tue Sep 20 2022
Jenazah Hamidin dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Semenyih kira-kira jam 10 pagi ini. - Foto Astro AWANI
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Jenazah Prof Hamidin selamat dikebumikan
Terdahulu, jenazah Allahyarham dikafan dan disolatkan di Masjid Raja Muda Musa, Pekan Semenyih.
RUU Antilompat Parti akan tarik sokongan orang muda kepada BN - Nazri
Nazri menjelaskan dengan adanya RUU tersebut, rakyat Malaysia yang sudah bosan dengan kerenah ahli politik akan keluar mengundi.
PRN Johor: SOP perlu sesuai ikut keadaan kesihatan semasa - Penganalisis
Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor perlu sesuai mengikut keadaan kesihatan semasa di Malaysia.
Kematangan politik: Fiil ahli politik cerminan minda pengundi
Sedikit sebanyak, sikap tidak menyenangkan sesetengah Ahli Parlimen berakar daripada tahap minda pengundi itu sendiri.
Bawa usul pembatalan, perbahasan Ordinan Darurat ke Parlimen - Ilham Centre
Kerajaan seharusnya membawa usul pembatalan Ordinan Darurat disusuli dengan perbahasan mengenainya pada Mesyuarat Khas Parlimen Isnin depan.
Pasca kongres: PKR masih terperangkap isu khianat parti, gagal tawar solusi - Penganalisis
Ambil contoh Selangor, seharusnya ia diketengahkan dan menunjukkan kepada rakyat, PKR sebagai sebuah parti telah menunjukkan adanya alternatif.
Jadi, bilakah Parlimen akan bersidang?
Kini tertakluk kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menentukan tarikhnya, selaras peruntukan dalam Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021.
UMNO harus akui hakikat perlu bekerjasama - Penganalisis
UMNO seharusnya mengakui hakikat perlu bekerjasama untuk membentuk kerajaan, kata Felo Penyelidik Ilham Centre, Prof Madya Dr Hamidin Abd Hamid.
Parti-parti kecil perlukan kepimpinan yang dinamik - Penganalisis
Parti-parti kecil seperti Amanah dan Pejuang, kata Dr Hamidin mempunyai kelebihan untuk meletakkan diri mereka pada setiap perubahan yang bakal berlaku.