Jenazah Siti Kharina selamat tiba di kampung halaman untuk dikebumikan

Astro Awani
Mei 16, 2019 11:55 MYT
Jenazah Siti Kharina selamat tiba di kediaman keluarganya di Kampung Tengah, Seri Menanti. - Foto ihsan BERNAMA
Jenazah Ketua Jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Mohd. Kamarudin selamat tiba di kampung halamannya di Kampung Tengah, Seri Menanti, di sini 6.15 petang Khamis.
Jenazah kemudiannya disembahyangkan di rumah milik keluarganya dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tengah, di sini.
Terdahulu, pihak polis menemui jasad Kharina yang dilaporkan hilang sejak 8 Mei lalu di sebuah unit kondominium di Cyberjaya.
Dia dipercayai telah dibunuh antara empat hingga lima hari lalu sebelum mayatnya ditemui.
Ahli Parlimen Kuala Pilah merangkap Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Eddin Syazlee Shith antara 100 hadirin yang menziarahi jenazah.
Upacara pengkebumian dijalankan selepas solat Isyak.
BACA: Jururawat mati dibunuh: Suspek warga Nigeria, Pakistan ditahan bantu siasatan
BACA: Siti Kharina ditemui mati dibunuh dengan kesan kelar
Dalam perkembangan sama, pada petang Khamis, pihak polis berjaya memberkas seorang lagi suspek yang disyaki terlibat dalam kes pembunuhan Siti Khairina.
Lelaki Nigeria Aliwajuwon Gilbertalowonle yang diburu sebelum ini bagi membantu siasatan kes itu ditahan di sekitar Cheras Sentral di sini pada lebih kurang jam 3 petang.
BACA: Kes bunuh Siti Kharina: Suspek ketiga ditahan polis
#jenayah #kebumi #kes bunuh #Ketua Jururawat Hospital Serdang #pengkebumian #Siti Kharina Mohd Kamarudin