Jenazah tokoh akademik Tan Sri Dr Awang Had Salleh selamat dikebumikan selepas solat Zuhur.
Sebelum itu jenazahnya disembahyangkan di rumah seorang anaknya di Presint 10, Putrajaya.
Allahyarham kemudiannya disemadikan di tanah perkuburan Islam di Presint 20, Putrajaya.
Tan Sri Dr Awang had meninggal dunia pada usia 79 tahun.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 3 pagi Isnin di Hospital Putrajaya.
Pemergian Allahyarham disifatkan kehilangan besar kepada dunia pendidikan.
Ini diakui sendiri oleh rakan Allahyarham dalam bidang perguruan Profesor Datuk Dr. Ibrahim Bajunid.
“Kehilangan ini bukan sahaja kepada keluarga malah negara kita, tulisan beliau bimbingan beliau dalam semua aspek pembangunan negara pemikiran tajam dan halus beliau adalah contoh teladan bagi pendidik generasi masa depan,” kata beliau.
Sementara itu, menantu Allahyarham yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata bapa mertuanya itu meninggal dunia akibat komplikasi paru-paru.
Menurut Abdul Rahman apa yang sangat diingati tentang bapa mertuanya itu ialah Allahyarham sangat mementingkan pendidikan sehingga sentiasa menghadiahkan cucu-cucunya dengan bahan bacaan.
Sementara itu, isterinya Datin Norazlina yang juga anak keenam Allahyarham berkata bapanya itu sakit hampir lapan tahun dan sering keluar masuk hospital.
Keadaan Allahyarham semakin serius sejak tiga hari lepas dan terpaksa dimasukkan ke hospital Putrajaya kerana sukar bernafas.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri Puan Sri Salmah Abu Bakar dan tujuh anak.
Astro Awani
Mon Jul 01 2013
NHF penting untuk perkukuh sinergi penjagaan kesihatan awam, swasta - MPS
Sistem pembiayaan kesihatan nasional langkah tangani peningkatan kos penjagaan kesihatan, meningkatkan serta membentuk model penjagaan kesihatan yang mampan untuk seluruh rakyat Malaysia.
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
KWSP tidak hadapi masalah kewangan - Abdul Rahman
KWSP tidak menghadapi masalah kewangan seperti didakwa oleh pembangkang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan.
Arab Saudi ingin tahu lebih Program Transformasi Nasional - Rahman Dahlan
Abdul Rahman Dahlan berkata, Arab Saudi menyatakan minat terhadap kejayaan Malaysia melaksanakan langkah-langkah perubahan holistik melalui Program Transformasi Nasional.
Jentera BN Sabah sedia hadapi pilihan raya negeri awal - Abdul Rahman
Jentera Barisan Nasional (BN) Sabah sudah bersiap sedia dari segi psikologi untuk menghadapi kemungkinan pilihan raya negeri diadakan lebih awal, kata Setiausaha BN Sabah Datuk Abdul Rahman Dahlan.
Pengesahan antarabangsa buktikan Malaysia mampu harungi ketidaktentuan
Pengesahan oleh badan-badan bebas antarabangsa dan lain-lain institusi yang ternama ke atas ekonomi Malaysia menunjukkan bahawa negara ini masih berdaya tahan.
Dakwaan Shafie Apdal mengelirukan rakyat - Rahman Dahlan
Tegas beliau, dakwaan yang dibuat oleh Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di Dewan Rakyat itu semalam adalah berdasarkan emosi dan fakta tidak berasas.
Tun Mahathir kecewa kerana gagal gulingkan kerajaan - Rahman Dahlan
Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional itu berkata, kekecewaan itu ditambah dengan keputusan Pilihan Raya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang sekaligus menidakkan ramalan Dr Mahathir.
REHDA: Prestasi jualan hartanah Malaysia menyusut
Jualan hartanah Malaysia susut kepada 39 peratus pada 6 bulan pertama 2016.
Isu banglo: "DAP parti politik bersih tidak boleh lagi dipakai" - Rahman Dahlan
Datuk Abdul Rahman Dahlan pada masa lega dengan penahanan Guan Eng itu kerana beliau yakin berlaku salah laku dalam transaksi pembelian banglo tersebut.
Idea bangun awal elak tol: Netizen saran diskaun sebelum jam 6 pagi
Banyak cadangan bernas diutarakan berkenaan caj tol dan ia menerima reaksi positif dari Rahman Dahlan sendiri.
Daerah Baling kawasan paling 'bahagia' di Malaysia
Majlis Daerah Baling, Kedah dikenal pasti sebagai kawasan yang mencatat kadar kebahagiaan tertinggi di Malaysia.