awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan mahu setiap kampung dibangunkan ke tahap terbaik
Cubaan seludup mata wang asing RM2.4 juta dalam bungkusan pakaian baharu gagal
Angkasawan NASA dibenar bawa telefon pintar terkini dalam misi ke bulan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jenazah tiga sekeluarga lemas sewaktu berkelah disemadi dalam satu liang lahad

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
11/06/2022
00:15 MYT
Jenazah tiga sekeluarga lemas sewaktu berkelah disemadi dalam satu liang lahad
Jenazah tiga bersaudara yang lemas selepas berkelah di Sungai Lata Changkah, Ulu Seladang di Setiu petang semalam, selamat dikebumikan awal pagi tadi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Hilir Maras. - Foto BERNAMA
KUALA NERUS: Jenazah tiga sekeluarga yang lemas ketika berkelah di kawasan Air Terjun Lata Changkah, Ulu Seladang, Setiu pada Jumaat disemadikan dalam satu liang lahad awal pagi tadi.
Jenazah Syariatul Nurfatihah Mohd Dera, 28, Syariatul Noor Syafika Mohd Dera, 26, serta sepupu mereka Siti Aisyah Mazalan, 19, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Hilir Maras kira-kira jam 4.30 pagi Sabtu.
Terdahulu kesemua mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Setiu untuk tindakan lanjut.
Kemudiannya jenazah tiga bersaudara itu dibawa ke Surau Kampung Hilir Maras, Batu Rakit untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan.
Lemas | Jenazah dua beradik, sepupu disemadi dalam satu liang lahad
Sementara itu suasana pilu mengiringi sepanjang pengkebumian mangsa yang dihadiri lebih 200 ahli keluarga dan penduduk kampung termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Rakit, Bazlan Abd Rahman.
Jenazah tiga bersaudara Syariatul Nurfatihah Mohd Dera, 28, (kiri) dan adiknya Syariatul Noor Syafiqa, 26, (tengah) serta sepupu mereka Siti Aisyah Mazalan, 19, (kanan)  selamat dibumikan. - Foto BERNAMA
Jenazah tiga bersaudara Syariatul Nurfatihah Mohd Dera, 28, (kiri) dan adiknya Syariatul Noor Syafiqa, 26, (tengah) serta sepupu mereka Siti Aisyah Mazalan, 19, (kanan) selamat dikebumikan. - Foto BERNAMA
Pada Jumaat, Astro AWANI melaporkan tiga sekeluarga termasuk pasangan adik-beradik ditemukan lemas selepas berkelah bersama ahli keluarganya.
Kejadian berlaku di kawasan Air Terjun Lata Changkah Ulu Seladang, Setiu kira-kira jam 2.30 petang.
BACA: Tiga sekeluarga mati lemas ketika berkelah
Insiden itu dikatakan berlaku ketika salah seorang mangsa telah tergelincir lalu terjatuh sebelum menarik dua lagi mangsa yang lain.
Lemas | Tiga sekeluarga mati lemas ketika berkelah
Topic Berkaitan
#air terjun lata changkah
#Tanah Perkuburan Islam Kampung Hilir Maras
#tiga sekeluarga lemas ketika berkelah
#Syariatul Nurfatihah Mohd Dera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan