awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Waris Sultan Zainal Abidin III diminta tampil, selesai tuntutan tanah pusaka
Kerajaan galak lebih banyak Institusi Pendidikan Islam mendaftar
Sindiket 'Geng Sojul' dibongkar, seludup warga asing menerusi Kelantan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jenazah Tun Daim dibawa ke Bukit Tunku

Faida Rahim
Faida Rahim
13/11/2024
04:25 MYT
Jenazah Tun Daim dibawa ke Bukit Tunku
Van membawa jenazah Allahyarham dilihat keluar dari perkarangan hospital itu jam 11.10 pagi.
PETALING JAYA: Jenazah bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, yang meninggal dunia pagi tadi, dibawa keluar dari Jabatan Forensik Hospital Assunta di sini, dan dibawa ke kediamannya di Bukit Tunku.
Van membawa jenazah Allahyarham dilihat keluar dari perkarangan hospital itu jam 11.10 pagi.
Difahamkan, solat jenazah akan disempurnakan selepas solat asar di Masjid Wilayah.
Mengenang Tun Daim: 'Allahyarham banyak ilmu perniagaan, galak orang Melayu bersama beliau' - Tun Dr Mahathir
Allahyarham dilapor meninggal dunia pada usia 86 tahun kira-kira jam 8.21 pagi tadi ketika menerima rawatan di Hospital Assunta.
Menurut ahli keluarga, beliau mengalami strok baru-baru ini dan ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) hospital berkenaan.
Daim berkhidmat sebagai Menteri Kewangan sebanyak dua kali, iaitu yang pertama dari 1984 hingga 1991 di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di mana beliau memainkan peranan penting dalam mengurus ekonomi Malaysia dan melaksanakan pelarasan struktur.
Allahyarham kemudian kembali untuk penggal kedua dari 1999 hingga 2001, sekali lagi di bawah Dr Mahathir, untuk menangani isu ekonomi berikutan krisis kewangan Asia.
Topic Berkaitan
#Tun Daim
#meninggal dunia
#majlis pengebumian
#bukit tunku
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan