Jenazah wanita hamil maut ditembak selamat dikebumi

Muhafandi Muhamad
Jun 5, 2022 11:54 MYT
Jenazah Farrah Emirah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bechah Kelubi, di Pasir Mas, pada Ahad. - Gambar/ Astro AWANI
PASIR MAS: Jenazah Farrah Emirah Mazlan, 26, yang ditemukan mati dengan kesan tembakan pada perut dalam sebuah kereta yang diparkir di tepi jalan di Kampung Repek, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bechah Kelubi, di sini, pada Ahad.
Lebih 50 orang termasuk ahli keluarga, saudara mara dan penduduk kampung hadir ke pengebumian pada jam 4.30 petang itu.
Terdahulu, suasana sedih menyelubungi kediaman keluarga Allahyarhamah di Bukit Lata di sini, sejurus jenazah tiba selepas selesai menjalani proses bedah siasat di Hospital Pasir Mas, pada jam 2.20 petang.
Seorang anak mangsa yang berusia 10 tahun, ketika ditemui berkata, dia hanya mengetahui penemuan mayat ibunya selepas dimaklumkan oleh rakannya.
Tembak Wanita Hamil | Kejadian mungkin akibat cemburu
BACA: Wanita hamil mangsa tembakan merupakan ibu tunggal tiga anak
BACA: Wanita mengandung ditemui maut dengan kesan tembakan pada perut
Media sebelum ini melaporkan mangsa yang hamil tujuh bulan ditemukan maut dengan kesan tembakan pada perut, dalam sebuah kereta jenis Nissan Cefiro yang diparkir di tepi jalan, di Kampung Repek menghala ke Kampung Teresek, di sini, jam 4 petang Sabtu.
Menurut Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, hasil keterangan saksi awam mendapati kenderaan mangsa berada di tepi jalan sejak petang Jumaat.
Mangsa yang juga ibu tunggal, meninggalkan tiga orang anak berusia dari tiga hingga 10 tahun.
#wanita hamil maut ditembak #wanita mengandung ditembak #Pasir Mas #majlis pengebumian