awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita mengandung ditemui maut dengan kesan tembakan pada perut

Vivi Sumanti
Vivi Sumanti
04/06/2022
16:17 MYT
Wanita mengandung ditemui maut dengan kesan tembakan pada perut
Mayat mangsa yang berusia 26 tahun dan dipercayai mengandung tujuh bulan, ditemui orang awam yang melalui kawasan berkenaan pada Sabtu. - Gambar hiasan
PASIR MAS: Seorang wanita mengandung ditemui maut dengan kesan tembakan pada perut di dalam sebuah kereta jenis Nissan Cefiro yang diparkir di tepi jalan berhampiran Kampung Repek, di sini, pada Sabtu.
Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata mayat mangsa yang berusia 26 tahun dan dipercayai mengandung tujuh bulan, ditemui orang awam kira-kira jam 4 petang.
Katanya, hasil keterangan saksi awam mendapati kenderaan berkenaan disedari berada di tepi jalan itu sejak petang Jumaat.
"Mayat mangsa ditemui di tempat duduk pemandu dengan terdapat kesan tembakan di bahagian perut sebelah kiri.
"Terdapat satu kelongsong peluru pada bahagian kaki penumpang belakang sebelah pemandu.
"Temu bual dengan ibu mangsa memberitahu mangsa yang juga peniaga mengandung tujuh bulan," katanya dalam satu kenyataan Sabtu malam.
Menurut Muhamad Zaki, semakan awal mendapati kenderaan tersebut didaftarkan atas nama mangsa.
"Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Pasir Mas untuk bedah siasat manakala siasatan lanjut diteruskan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.
Katanya, susulan penemuan mayat itu, polis menangkap seorang lelaki berusia 40 tahun yang bekerja sebagai buruh kampung pada jam 11.25 malam Sabtu, bagi membantu siasatan.
Topic Berkaitan
#wanita mengandung
#kes bunuh
#tembakan pada perut
#Kelantan
#Pasir Mas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan