awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jepun lancar roket H2A bawa pendarat bulan

Bernama
Bernama
07/09/2023
03:15 MYT
Jepun lancar roket H2A bawa pendarat bulan
Roket H2A semasa di landasan pelancaran di Pusat Angkasa Tanegashima, Jepun. - Foto AP
TOKYO: Jepun melancarkan roket H2A pada Khamis yang membawa pendarat bulan, dalam usaha negara itu menjayakan pendaratan pertamanya ke bulan selepas tiga penangguhan dalam seminggu pada bulan lepas akibat cuaca buruk, lapor Xinhua.
Agensi Penerokaan Aeroangkasa Jepun (JAXA) berkata roket itu berlepas dari Pusat Angkasa Tanegashima di wilayah barat daya Kagoshima pada 8.42 pagi waktu tempatan.
Roket itu membawa Smart Lander JAXA untuk Menyiasat Bulan atau SLIM yang tugasnya, termasuk menunjukkan teknik pendaratan yang tepat dan memeriksa batu-batuan di bulan.
Pendaratan bulan SLIM dijadualkan pada awal tahun depan. Jika misi itu berjaya, Jepun akan menjadi negara kelima di dunia yang menghantar pendarat ke bulan.
Roket buatan tempatan itu juga membawa Misi Pengimejan dan Spektroskopi X-Ray atau XRISM untuk memerhati plasma dalam bintang dan galaksi.
Ia adalah pelancaran pertama roket besar Jepun sejak pelancaran sulung roket H3 generasi akan datang yang gagal pada Mac.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#roket H2A
#bulan
#JAXA
#Pusat Angkasa Tanegashima
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan