Pihak berkuasa imigresen Jepun tidak perlu menunjukkan alasan ikhlas atas sah untuk menghalang pemimpin barisan pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada memasuki Jepun.

Presiden Pusat Bagi Kesedaran Politik Datuk Huan Cheng Guan berkata dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini Selasa bahawa memasuki mana-mana negara bukan hak istimewa automatik bagi mana-mana warga asing dan tertakluk kepada budi bicara negara tuan rumah.

Ahad lepas, Anwar dilarang daripada memasuki Jepun selepas beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita dan diarah untuk berpatah balik dengan segera atau akan diusir keluar. Beliau ke negara matahari terbit itu atas undangan pengerusi Yayasan Nippon untuk membuat penyampaian akan Demokrat Islam.

Anwar membantah yang adalah tidak wajar bagi pihak berkuasa imigresen Jepun untuk melarangnya daripada memasuki Jepun tanpa alasan yang ikhlas dan sah. Lagipun, Anwar mendakwa bahawa beliau telah memasuki Tokyo sebanyak tiga kali sebelum ini tanpa sebarang halangan iaitu pada 2006, 2009 dan 2012.

Beliau juga berkata pejabatnya telah berurusan dengan kedutaan Jepun di Kuala Lumpur sebagai prosedur lazim sebelum memulakan perjalanan dan beliau diberikan lampu hijau.

Dalam hal ini, Huan berkata; "Saya rasa adalah tidak adil menyalahkan Kedutaan Jepun. Mereka tidak boleh dipersalahkan bagi apa yang berlaku di pintu imigresen Lapangan Terbang Narita".

Pada Isnin, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman menjelaskan bahawa kerajaan Malaysia tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan keputusan kerajaan Jepun untuk melarang Anwar daripada memasuki negara itu.

Anifah juga berkata setiap negara berhak melarang sesiapa sahaja daripada memasuki negara itu dan tidak terikat untuk memberi penjelasan bagi keputusannya itu.