awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN cadang wujudkan ODR bersepadu dalam reformasi e-dagang - Armizan
Keputusan STAM 2025 catat pencapaian memberangsangkan, GPK 2.81 - KPM
Mayat reput ditemukan dalam kebun kelapa sawit
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jerebu akan beransur pulih tetapi...- MetMalaysia

Isabelle Leong
Isabelle Leong
02/08/2019
09:10 MYT
Jerebu akan beransur pulih tetapi...- MetMalaysia
Data daripada ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC), kawasan kebakaran sudah berkurangan di Sumatera, Indonesia dan menandakan keadaan jerebu akan berkurangan dalam masa terdekat. - Gambar hiasan/BERNAMA
Keadaan jerebu yang melanda seluruh negara dijangka akan beransur pulih terutamanya di Semenanjung Malaysia tetapi ia bergantung kepada situasi kebakaran hutan di Indonesia.
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Jailan Simon berkata setakat jam 12.30 tengah hari pada Jumaat, peningkatan jarak penglihatan memberi petanda bahawa keadaan jerebu semakin berkurangan.
Berdasarkan data daripada ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC), kawasan kebakaran sudah berkurangan di Sumatera, Indonesia dan menandakan keadaan jerebu akan berkurangan dalam masa terdekat.
Bagaimanapun, kata Jailan, jika berlaku lagi kebakaran di Indonesia, terdapat kemungkinan jerebu masih akan menyelubungi negara ini.
“Ia bergantung kepada kebakaran di yang berlaku di Indonesia.
“Angin Monsun Barat Daya masih bertiup dan angin dari Sumatera masih bertiup ke arah negara kita.
“Begitu juga angin dari Kalimantan yang bertiup ke arah barat Sarawak. Jadi, kalau ada kebakaran, kemungkinan jerebu berlaku lagi masih ada,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Jumaat.
BACA: Jerebu: Orang ramai dinasihatkan kurangkan aktiviti fizikal dan luar bangunan
Namun begitu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak bimbang kerana pihak Indonesia mengerahkan beribu-ribu anggota tentera dan polis untuk memadamkan kebakaran hutan yang berlaku.
“Kita tidak perlu bimbang kerapa pada kali ini, pihak Indonesia bersungguh-sungguh memadamkan kebakaran.
“Dan buat masa ini, keadaannya sederhana dan tidak serius. Kita tidak perlu bimbang tetapi jangan membuatkan keadaan menjadi semakin serius.
“InsyaAllah, jerebu di semenanjung Malaysia akan berkurangan dalam dua hingga tiga hari,” ujarnya.
Sehingga jam 5.00 petang, Kuala Terengganu, Terenganu masih mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat iaitu dengan bacaan 113 manakala 66 kawasan lagi dikategorikan sederhana.
Topic Berkaitan
#Indonesia
#Jabatan Meteorologi Malaysia
#Jailan Simon
#jerebu
#Kalimantan
#MetMalaysia
#Monsun Barat Daya
#Sumatera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan