awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jerebu di Muar capai tahap kritikal dengan IPU 746

T K Letchumy Tamboo
T K Letchumy Tamboo
23/06/2013
02:20 MYT
Jerebu di Muar capai tahap kritikal dengan IPU 746
Muar mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) paling tinggi di Malaysia pada pagi ini dengan bacaan IPU 746.
Bacaan ini sudah dianggap sebagai kritikal dan boleh menyebabkan pelbagai komplikasi kesihatan kepada penduduk setempat.
Semasa jerebu teruk yang berlaku pada tahun 1997, negeri Sarawak mencatat IPU 800 dan negeri itu diisytiharkan darurat jerebu selama hampir seminggu.
Semasa jerebu pada tahun 2005 pula, pengisytiharkan darurat jerebu dibuat di seluruh kawasan Kuala Selangor dan Pelabuhan Klang selepas kedua kawasan tersebut masing-masing mencatatkan bacaan 531 dan 529.
muar
muar
IPU pada tahap antara 0 dan 50 adalah baik, sederhana (51-100), tidak sihat (101-200), sangat tidak sihat (201-300) dan berbahaya (lebih 301).
Turut termasuk dalam tahap berbahaya ialah Bandaraya Melaka dan Bukit Rambai yang masing-masing mencatatkan bacaan 357 dan 334.
Sementara itu, kebanyakkan kawasan di Lembah Klang termasuk Cheras, Petaling Jaya dan Shah Alam yang sebelum ini mempunyai kualiti udara yang sederhana, mencatatkan kualiti udara tidak sihat setakat pukul 7 pagi ini.
Sejumlah 67 peratus daripada bandar-bandar di Malaysia mencatatkan bacaan IPU yang sederhana manakala 23 peratus lagi mencatatkan bacaan IPU yang tidak sihat.
Hanya 6 peratus sahaja kawasan yang masih lagi mempunyai kualiti udara yang baik.
Topic Berkaitan
#Index Pencemaran Udara
#jerebu
#Muar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan