Skip to main content

Malaysia

Jerebu: IPU Johan Setia meningkat kepada 157, Seremban kembali ke tahap sederhana

Menurut data Jabatan Alam Sekitar (JAS), Johan Setia, Selangor kekal mencatat bacaan IPU tertinggi iaitu 157, meningkat daripada 156 yang direkodkan pada jam 11 pagi. -Gambar hiasan/Bernama
Menurut data Jabatan Alam Sekitar (JAS), Johan Setia, Selangor kekal mencatat bacaan IPU tertinggi iaitu 157, meningkat daripada 156 yang direkodkan pada jam 11 pagi. -Gambar hiasan/Bernama

Advertisement

Ringkasan AI

  • Jumlah kawasan dengan bacaan IPU Tidak Sihat menurun kepada lapan setakat jam 12 tengah hari selepas Seremban kembali ke kategori Sederhana.
  • Johan Setia, Selangor mencatat bacaan IPU tertinggi iaitu 157, diikuti Nilai, Putrajaya, Shah Alam, Klang, Cheras, Banting dan Port Dickson.
  • Tujuh kawasan merekodkan kualiti udara Baik, manakala Limbang, Sarawak mencatat bacaan IPU terendah iaitu 39.

KUALA LUMPUR: Jumlah kawasan yang merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap Tidak Sihat menurun kepada lapan kawasan setakat jam 12 tengah hari selepas Seremban kembali ke kategori Sederhana.

Menurut data Jabatan Alam Sekitar (JAS), Johan Setia, Selangor kekal mencatat bacaan IPU tertinggi iaitu 157, meningkat daripada 156 yang direkodkan pada jam 11 pagi.

Turut berada pada tahap Tidak Sihat ialah Nilai, Negeri Sembilan (153), Putrajaya (152), Shah Alam (152), Klang (151), Cheras (120), Banting (114) dan Port Dickson (113).

Seremban yang mencatat bacaan 101 pada jam 11 pagi kini kembali ke kategori Sederhana selepas merekodkan bacaan IPU 99.

Sementara itu, sebanyak 53 stesen di seluruh negara berada pada tahap Sederhana dengan bacaan antara 51 dan 100.

Antara kawasan yang menghampiri kategori Tidak Sihat ialah Bandaraya Melaka (97), Batu Muda (96), Petaling Jaya (95) dan Bukit Rambai (94).

Sebanyak tujuh kawasan pula merekodkan kualiti udara pada tahap Baik dengan bacaan IPU di bawah 50.

Limbang, Sarawak mencatat bacaan IPU terendah di negara ini iaitu 39, diikuti Kota Kinabalu, Sabah (41) dan Sarikei, Sarawak (42).

Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai Baik, 51 hingga 100 (Sederhana), 101 hingga 200 (Tidak Sihat), 201 hingga 300 (Sangat Tidak Sihat) dan melebihi 300 sebagai Berbahaya.

Must Watch Video

Advertisement