Skip to main content

Malaysia

Jerebu: IPU Klang hampiri tahap Sangat Tidak Sihat, 34 kawasan masih Tidak Sihat setakat 5 petang

Di selatan Semenanjung, Pasir Gudang dan Larkin masing-masing mencatat bacaan 184 dan 178, manakala Seremban merekodkan bacaan 181 dan Shah Alam 180. -Gambar fail/Bernama
Di selatan Semenanjung, Pasir Gudang dan Larkin masing-masing mencatat bacaan 184 dan 178, manakala Seremban merekodkan bacaan 181 dan Shah Alam 180. -Gambar fail/Bernama

Advertisement

Ringkasan AI

  • Sebanyak 34 stesen pemantauan di seluruh negara merekodkan kualiti udara Tidak Sihat setakat jam 5 petang ini.
  • Klang mencatat bacaan IPU tertinggi iaitu 195, hanya enam mata sebelum kategori Sangat Tidak Sihat.
  • Tiada stesen mencatat kualiti udara kategori Baik, manakala 34 stesen lain berada pada kategori Sederhana.

KUALA LUMPUR: Sebanyak 34 stesen pemantauan di seluruh negara terus merekodkan kualiti udara pada kategori Tidak Sihat setakat jam 5 petang ini, dengan Klang di Selangor mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi di negara ini iaitu 195.

Bacaan itu meletakkan Klang hanya enam mata lagi sebelum mencapai kategori Sangat Tidak Sihat yang bermula pada paras 201.

Menurut data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) kendalian Jabatan Alam Sekitar (JAS), Johan Setia meningkat satu mata daripada 191 kepada 192, manakala Nilai kekal pada bacaan 191.

Dalam tempoh sejam lalu, Sandakan di Sabah merekodkan peningkatan tertinggi apabila bacaan IPU meningkat lapan mata daripada 117 kepada 125.

Sementara itu, Samarahan di Sarawak mencatat penurunan 15 mata kepada 117, manakala IPD Serian kekal dalam kategori Sederhana dengan bacaan 94.

Di selatan Semenanjung, Pasir Gudang dan Larkin masing-masing mencatat bacaan 184 dan 178, manakala Seremban merekodkan bacaan 181 dan Shah Alam 180.

Di Pantai Timur, Kemaman mencatat penurunan lima mata kepada 138, manakala Temerloh (158), Jerantut (156) dan Rompin (154) kekal berada dalam kategori Tidak Sihat.

Kawasan lain yang masih berada dalam kategori Tidak Sihat termasuk Batu Pahat (179), Bukit Rambai (178), Tangkak (178), Putrajaya (177), Bandaraya Melaka (176), Alor Gajah (175), Tanjung Malim (174), Cheras (174), Banting (174), Seri Manjung (173), Port Dickson (173), Petaling Jaya (169), Batu Muda (166), Pengerang (166), Kluang (165), Segamat (162), Kuala Selangor (161), Kota Tinggi (160), Pegoh Ipoh (153), Tasek Ipoh (151) dan Indera Mahkota (135).

Daripada keseluruhan 68 stesen pemantauan di seluruh negara, tiada stesen mencatat kualiti udara pada kategori Baik setakat petang ini.

Sebanyak 34 stesen berada pada kategori Sederhana, dengan Tawau mencatat bacaan 96, manakala Paka dan Besut masing-masing merekodkan bacaan 95.

IPU antara sifar hingga 50 dikategorikan sebagai Baik, 51 hingga 100 (Sederhana), 101 hingga 200 (Tidak Sihat), 201 hingga 300 (Sangat Tidak Sihat) dan melebihi 300 (Berbahaya).

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

  • Q: Berapakah jumlah stesen pemantauan yang merekodkan kualiti udara Tidak Sihat setakat jam 5 petang? 
    A: Sebanyak 34 stesen pemantauan di seluruh negara merekodkan kualiti udara pada kategori Tidak Sihat setakat jam 5 petang.
  • Q: Apakah bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi yang direkodkan dan di kawasan mana? 
    A: Klang di Selangor mencatat bacaan IPU tertinggi iaitu 195.
  • Q: Apakah kategori bacaan IPU dan julat nilainya? 
    A: IPU antara 0-50 dikategorikan sebagai Baik, 51-100 (Sederhana), 101-200 (Tidak Sihat), 201-300 (Sangat Tidak Sihat), dan melebihi 300 (Berbahaya).
  • Q: Adakah mana-mana stesen mencatat kualiti udara kategori Baik setakat petang ini? 
    A: Tiada stesen mencatat kualiti udara pada kategori Baik setakat petang ini.
  • Q: Berapakah jumlah keseluruhan stesen pemantauan di seluruh negara dan berapa yang berada dalam kategori Sederhana? 
    A: Terdapat 68 stesen pemantauan di seluruh negara, dengan 34 stesen berada pada kategori Sederhana setakat petang ini.

Product Recommendation Section Title

SOME BY MI Daily Mask 30pcs

SOME BY MI Daily Mask 30pcs

Must Watch Video

Advertisement