Ringkasan AI
- Bilangan kawasan dengan bacaan IPU Tidak Sihat menurun kepada 35 stesen setakat jam 2 petang berbanding 36 stesen sebelumnya.
- Klang mencatat bacaan IPU tertinggi di negara ini pada 194, hampir mencapai kategori Sangat Tidak Sihat.
- Tiada stesen mencatat kualiti udara kategori Baik, manakala 33 stesen berada pada kategori Sederhana di seluruh negara.
KUALA LUMPUR: Bilangan kawasan yang merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada kategori Tidak Sihat di seluruh negara menurun kepada 35 stesen setakat jam 2 petang ini berbanding 36 stesen pada jam sebelumnya.
Penurunan itu disumbangkan oleh stesen Seberang Perai di Pulau Pinang yang mencatat bacaan 99 selepas turun 23 mata daripada 122, sekali gus kembali ke kategori Sederhana.
Menurut data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), Kemaman di Terengganu merekodkan peningkatan IPU tertinggi dalam tempoh sejam lalu.
Bacaan IPU di Kemaman meningkat 24 mata daripada 118 pada jam 1 tengah hari kepada 142 pada jam 2 petang.
Di Perak, Pegoh Ipoh meningkat kepada 151 manakala Tasek Ipoh naik dua mata kepada 148. Tanjung Malim pula mencatat bacaan 172.
Sementara itu, Klang di Selangor kekal merekodkan bacaan IPU tertinggi di negara ini pada 194, hanya tujuh mata lagi sebelum mencapai kategori Sangat Tidak Sihat (201 ke atas). Johan Setia pula kekal pada bacaan 192.
Nilai meningkat satu mata kepada 191 manakala Seremban mencatat bacaan 183. Kawasan lain yang terus berada dalam kategori Tidak Sihat termasuk Batu Pahat (183), Shah Alam (181), Bukit Rambai (181), Tangkak (179), Putrajaya (177), Bandaraya Melaka (177) dan Alor Gajah (176).
Di Sarawak, Samarahan merekodkan bacaan 151 manakala IPD Serian mencatat bacaan 112. Sandakan di Sabah pula meningkat kepada 108.
Daripada keseluruhan 68 stesen pemantauan di seluruh negara, tiada stesen mencatat kualiti udara pada kategori Baik setakat petang ini.
Sebanyak 33 stesen berada pada kategori Sederhana, dengan Kangar mencatat bacaan 61 manakala Langkawi merekodkan bacaan 63.
Bacaan IPU antara sifar hingga 50 dikategorikan sebagai Baik, 51 hingga 100 (Sederhana), 101 hingga 200 (Tidak Sihat), 201 hingga 300 (Sangat Tidak Sihat) dan melebihi 300 (Berbahaya).
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Berapakah bilangan stesen yang merekodkan bacaan IPU Tidak Sihat setakat jam 2 petang?
A: Sebanyak 35 stesen merekodkan bacaan IPU pada kategori Tidak Sihat setakat jam 2 petang. - Q: Apakah stesen yang mencatat penurunan bacaan IPU sehingga kembali ke kategori Sederhana?
A: Stesen Seberang Perai di Pulau Pinang mencatat penurunan bacaan IPU kepada 99, kembali ke kategori Sederhana. - Q: Stesen manakah yang merekodkan bacaan IPU tertinggi di Malaysia setakat ini?
A: Klang di Selangor merekodkan bacaan IPU tertinggi di negara ini pada 194. - Q: Berapakah jumlah stesen pemantauan yang tidak mencatat kualiti udara kategori Baik setakat petang ini?
A: Tiada stesen daripada 68 stesen pemantauan di seluruh negara mencatat kualiti udara pada kategori Baik setakat petang ini. - Q: Apakah kategori bacaan IPU dan julat nilainya?
A: Bacaan IPU antara 0-50 (Baik), 51-100 (Sederhana), 101-200 (Tidak Sihat), 201-300 (Sangat Tidak Sihat), dan melebihi 300 (Berbahaya).