Ringkasan AI
- Sebanyak 35 stesen pemantauan di seluruh negara merekodkan kualiti udara Tidak Sihat setakat jam 3 petang ini.
- Klang mencatat bacaan IPU tertinggi iaitu 194, hampir memasuki kategori Sangat Tidak Sihat, diikuti Johan Setia dan Nilai dengan bacaan 191.
- Tiada stesen mencatat kualiti udara Baik, manakala 33 stesen berada pada kategori Sederhana dengan bacaan tertinggi 97 di Paka dan Besut.
KUALA LUMPUR: Sebanyak 35 stesen pemantauan di seluruh negara terus merekodkan kualiti udara pada kategori Tidak Sihat setakat jam 3 petang ini, dengan Klang di Selangor kekal mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi di negara ini.
Menurut data terkini Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), Klang kekal pada bacaan 194 sejak jam 1 tengah hari, hanya tujuh mata lagi sebelum mencapai kategori Sangat Tidak Sihat (201 ke atas).
Johan Setia di Selangor dan Nilai di Negeri Sembilan masing-masing mencatat bacaan 191, manakala Shah Alam dan Larkin merekodkan bacaan 181.
Dalam tempoh sejam lalu, Sandakan di Sabah mencatat peningkatan bacaan IPU tertinggi apabila naik empat mata daripada 108 kepada 112. Sebaliknya, Samarahan dan IPD Serian di Sarawak masing-masing mencatat penurunan empat mata kepada 147 dan 108.
Di Perak, Tasek Ipoh meningkat kepada 151, menyamai bacaan Pegoh Ipoh. Kemaman di Terengganu pula meningkat empat mata kepada 146.
Kawasan lain yang masih berada dalam kategori Tidak Sihat termasuk Pasir Gudang (183), Seremban (182), Batu Pahat (182), Bukit Rambai (180), Tangkak (179), Putrajaya (177), Bandaraya Melaka (177), Alor Gajah (175), Port Dickson (174), Tanjung Malim (173), Cheras (172), Banting (172), Seri Manjung (171), Petaling Jaya (168), Kluang (165), Pengerang (165), Batu Muda (164), Segamat (163), Kuala Selangor (161), Kota Tinggi (158), Temerloh (157), Jerantut (154), Rompin (153) dan Indera Mahkota (143).
Tiada stesen mencatat kualiti udara pada kategori Baik setakat petang ini. Sebanyak 33 stesen berada pada kategori Sederhana, dengan Paka dan Besut di Terengganu masing-masing mencatat bacaan tertinggi dalam kategori itu iaitu 97.
IPU antara sifar hingga 50 dikategorikan sebagai Baik, 51 hingga 100 (Sederhana), 101 hingga 200 (Tidak Sihat), 201 hingga 300 (Sangat Tidak Sihat) dan melebihi 300 (Berbahaya).
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Berapakah jumlah stesen pemantauan yang merekodkan kualiti udara Tidak Sihat setakat jam 3 petang?
A: Sebanyak 35 stesen pemantauan di seluruh negara merekodkan kualiti udara pada kategori Tidak Sihat setakat jam 3 petang. - Q: Stesen manakah mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi dan berapakah bacaannya?
A: Klang di Selangor mencatat bacaan IPU tertinggi iaitu 194. - Q: Apakah kategori bacaan IPU dan julat nilainya?
A: IPU antara 0-50 (Baik), 51-100 (Sederhana), 101-200 (Tidak Sihat), 201-300 (Sangat Tidak Sihat), dan melebihi 300 (Berbahaya). - Q: Adakah mana-mana stesen mencatat kualiti udara kategori Baik setakat petang ini?
A: Tiada stesen mencatat kualiti udara pada kategori Baik setakat petang ini. - Q: Stesen manakah yang mencatat bacaan tertinggi dalam kategori Sederhana?
A: Paka dan Besut di Terengganu masing-masing mencatat bacaan tertinggi dalam kategori Sederhana iaitu 97.