KPM menerusi akaun Facebooknya berkata, edaran kenyataan media berhubung penutupan sekolah yang viral di aplikasi Whatsapp oleh pihak yang tidak bertanggungjawab adalah palsu.
Kenyataan palsu itu melaporkan semua sekolah di beberapa kawasan akan ditutup esok (Khamis) berikutan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) tidak sihat dan sangat tidak sihat di beberapa kawasan di seluruh negara.
Kawasan-kawasan yang dimaksudkan termasuk Selangor, Wilayah Persekutuan, Putrajaya, Negeri Sembilan, Sri Aman, Kuching dan Samarahan.
Gambar dari Facebook KPM
KPM juga menasihati semua pihak untuk mendapatkan kenyataan rasmi hanya dari portal KPM FB rasmi KPM dan Twitter KPM.
Pada pagi Rabu, Jabatan Alam Sekitar (JAS) melaporkan beberapa kawasan mencatatkan bacaan IPU tidak sihat meningkat kepada 18 kawasan setakat 9 pagi ini berbanding 11 kawasan pada 7 malam, Selasa.