awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jerebu: Kualiti udara bertambah baik - Jabatan Alam Sekitar

Astro Awani
Astro Awani
24/04/2016
02:08 MYT
Jerebu: Kualiti udara bertambah baik - Jabatan Alam Sekitar
Pencerapan Jabatan Alam Sekitar (JAS) setakat 9 pagi Ahad mendapati, 23 kawasan mencatat IPU sederhana di bawah 100. - Gambar fail
Kualiti udara bertambah baik apabila tiada lagi kawasan yang mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat.
Pencerapan Jabatan Alam Sekitar (JAS) setakat 9 pagi Ahad mendapati, 23 kawasan mencatat IPU sederhana di bawah 100.
Menurut laman portal JAS, IPU tertinggi direkod adalah di Pelabuhan Klang (98), diikuti Batu Muda, Kuala Lumpur (81) dan Banting (80).
Sementara 21 kawasan lain mencatat bacaan IPU antara 51 ke 79, dan 27 kawasan lain pula merekodkan bacaan IPU baik, antara 18 ke 50.
Antaranya ialah Labuan (27), Perai (39), dan Pasir Gudang (50).
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar sebelum ini memaklumkan, keadaan jerebu yang melanda Lembah Klang sejak Rabu berpunca daripada asap kebakaran di beberapa kawasan di Semenanjung.
BACA: Jerebu kembali landa negara, tetapi kali ini bukan kerana negara jiran
Ia melibatkan hutan tanah gambut di Kuala Langat, Sepang, Selangor dan Pahang.
Kualiti udara diburukkan lagi dengan cuaca panas dan kering ekoran El Nino, sekali gus menyebabkan asap pencemaran terapung di udara.
Wan Junaidi juga memberitahu, selain kebakaran di Lembah Klang, jerebu di Miri pula disebabkan oleh pembakaran hutan di Bekenu dan Marudi, Sarawak.
Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).
Orang ramai boleh merujuk portal http://apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.
Topic Berkaitan
#baik
#Indeks Pencemaran
#IPU
#Jabaran Alam Sekitar
#jerebu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan