Malaysia ada hak untuk menuntut pampasan atau ganti rugi dari Indonesia terhadap masalah jerebu yang setiap tahun melanda negara berdasarkan undang-undang antarabangsa, ujar Pakar Undang-Undang Alam Sekitar dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Hanim Kamaruddin.
Jelasnya, mana-mana tindakan undang-undang antarabangsa seumpama itu perlu disertakan dengan bukti yang kukuh.
Bagaimanapun, ketika ini tiada peruntukan khas dalam perundangan domestik atau perjanjian antarabangsa yang boleh diaplikasikan oleh Malaysia untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Indonesia dalam masalah jerebu merentas sempadan ini.
"Namun saya berpendapat dari sudut undang-undang antarabangsa, ada kemungkinan Malaysia mempunyai hak untuk menuntut ganti rugi berdasarkan pembuktian yang jelas dan kukuh selama jerebu ini berlaku.
"Tetapi sebaliknya pula, saya merasakan dari segi mendapatkan pembuktian tersebut dari pihak Indonesia untuk tindakan sebegini juga tidak akan kesampaian kerana ini boleh menjejaskan kedaulatan negara Indonesia di mata ASEAN jika ia didapati memberi maklumat kepada Malaysia," katanya semasa ditemubual Astro AWANI di Fakulti Undang-Undang, UKM, Bangi.
Prinsip tanggungjawab dan akauntabili
Ujarnya, suatu prinsip yang boleh diutarakan dalam ganti rugi adalah berasaskan kepada prinsip tanggungjawab dan akauntabiliti sesebuah negara.
"Maksudnya, pengendalian aktiviti dalam sesebuah negara itu, tidak seharusnya membawa kemudaratan kepada negara jiran.
"Prisip tanggungjawab dan akauntabiliti terhadap Indonesia ini, contohnya, Indonesia tidak seharusnya mencemari alam sekitar negara jiran yang berpunca dari negaranya sendiri dan maka jika didapati telah mencemari pampasan boleh dituntut sekiranya ada kesan awam berikutan aktiviti di Indonesia," tambahnya lagi.
Malah, prinsip seumpama itu telah digunakan ke atas kes-kes antarabangsa sejak tahun 1930-an iaitu antara Amerika Syarikat dan Kanada.
"Kes-kes di peringkat antarabangsa telah mengkaitkan prinsip ini dalam 'Trail Smelter case' pada tahun 1937 di antara US dan Canada dan juga dinyatakan dalam Stokholm Declaration. Walaupun begitu, prinsip ini masih lagi tertakluk kepada kerjasama di antara pihak2 dalam pertikaian .
"Jadi jika Malaysia mahu bawa pertikaian berlandaskan pencemaran jerebu terhasil dari aktiviti yang dijalankan di Indonesia ke Mahkamah Antarabangsa contohnya, International Court of Justice (ICJ)," kata beliau.
Namun Malaysia tidak mampu berbuat apa-apa jika tiada persetujuan dari Indonesia untuk membawa pertikaian itu ke ICJ.
Bawa kes ICJ tidak selari dengan ASEAN Way
Bagaimanapun, tindakan membawa isu berkenaan ke ICJ adalah tidak selari dengan prinsip ASEAN Way yang dilaksanakan selama ini.
"Prinsip ASEAN Way ini sebenarnya tidak membenarkan negara-negara ASEAN untuk campurtangan dalam hal-hal domestik atau hal dalam pengurusan domestik negara ASEAN yang lain. Prinsip ini juga mengutamakan forum berunsurkan musyawarah untuk atasi masalah serantau," katanya.
Justeru, Dr Hanim berpendapat tuntutan ganti rugi yang berasaskan undang-undang antarabangsa itu tidak akan berlaku kerana prinsip ASEAN Way serta mengambil kepentingan kedua-dua pihak atau lebih.
"Jika berasaskan kepada the ASEAN Way, satu cara lain yang mungkin efektif bagi Malaysia ialah dengan memeterai satu perjanjian dua hala dengan Kerajaan Indonesia supaya mengambil langkah yang sesuai bagi mengehadkan atau mengurangkan pencemaran tertentu yang berpunca daripada fenomena jerebu.
"Cadangan model ini adalah dengan berdasarkan US-Canada Air Quality Agreement 1991 yang merupakan salah satu pilihan yang harus dipertimbangkan oleh Malaysia dan Indonesia untuk mencegah kemerosotan kualiti udara di kedua-dua negara disebabkan oleh kebakaran terbuka," kata beliau.
Perjanjian dengan mana-mana negara
Selain itu, Malaysia juga boleh mengadakan perjanjian dengan mana-mana negara yang mempunyai syarikat induk yang berpangkalan di Malaysia dan mempunyai anak syarikat dalam negara jiran.
"Sekiranya anak syarikat tersebut didapati terlibat dengan kes pencemaran jerebu, maka Malaysia boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat induk atau/dan anak syarikat itu sekali.
"Perkara ini lebih mudah dilaksanakan kerana anak syarikat tersebut mempunyai hubungan secara langsung dengan pejabat induk mereka yang berpangkalan di Malaysia," tambahnya.
Pendekatan ini katanya, diharap dapat menjadi satu alternatif penyelesaian terhadap isu jerebu di rantau ASEAN.
Contohi Singapura atasi isu jerebu
Sementara itu, Malaysia boleh mencontohi langkah Singapura yang menggubal Akta Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan 2014 bagi menyelesaikan masalah jerebu mereka yang berkaitan.
"Akta ini sebenarnya memberi kuasa kepada Singapura untuk mengambil tindakan terhadap jerebu atau syarikat yang menyebabkan masalah jerebu di Singapura termasuk syarikat yang tidak beroperasi di Singapura atau tidak berdaftar di Singapura.
"Akta ini juga membolehkan tindakan sivil diambil oleh pihak awam di atas kerosakan awam yang dialami masyarakat Singapura semasa terjadi jerebu," ujar beliau
Bagaimanapun, terdapat kekangan yang akan dihadapi jika langkah berkenaan dilakukan Malaysia termasuk cabaran untuk mengenal pasti syarikat yang menyebabkan jerebu berlaku.
"Ia berikutan semua peta dan bukti pembakaran perlu mendapat kerjasama dari negara penyebab," jelas Dr Hanim.
Singapura adalah antara negara yang teruk terjejas akibat jerebu pada tahun 2015.
Rahimah Abdullah
Wed Sep 18 2019
Pakar Undang-Undang Alam Sekitar UKM, Dr Hanim Kamaruddin berkata Malaysia ada hak untuk menuntut ganti rugi dari Indonesia terhadap masalah jerebu yang setiap tahun melanda negara berdasarkan undang-undang antarabangsa. Gambar: Astro AWANI
Cedera terkena letupan, padah tendang bendera Palestin
Letupan kuat dan asap tebal memenuhi lokasi tersebut sejurus dia menendang bendera Palestin yang dipasang di tengah kawasan padang rumput.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [24 April 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Geegee Ahmad & Azib Zikry;
Nahas helikopter Lumut: ATM, TLDM tubuh Lembaga Siasatan
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan
Hafizul terlibat kes tembak KLIA akan didakwa hari ini
Nahas helikopter Lumut: ATM, TLDM tubuh Lembaga Siasatan
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan
Hafizul terlibat kes tembak KLIA akan didakwa hari ini
Azerbaijan minta ICJ teruskan kes terhadap Armenia
Ia adalah salah satu daripada dua kes yang dilakukan oleh musuh negara jiran selama berdekad-dekad konflik etnik sesama mereka.
Fahami pasaran sebelum perjalanan pemula niaga adalah penting - Pengasas
Peralihan daripada usahawan solo kepada ketua yang boleh membina dan meneraju pasukan juga penting.
AWANI Ringkas: Bedah siasat 10 mangsa dijangka selesai hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Laporan kubur besar Gaza membimbangkan' - Jurucakap AS
Pekerja kesihatan Gaza menemui sekurang-kurangnya 283 mayat dalam satu kubur besar di Hospital Nasser di bandar selatan Khan Younis.
PETRA di landasan tepat capai 98 peratus liputan air bersih, pembentungan di luar bandar
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berada di landasan tepat untuk mencapai 98 peratus liputan air bersih dan pembetungan di kawasan luar bandar menjelang akhir 2025.
Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla yang dijadualkan memulakan pelayaran pada 24 April 2024 (Rabu) sekali lagi ditangguhkan ke 26 April 2024 (Jumaat).
Hafizul terlibat kes tembak KLIA akan didakwa hari ini
Suspek yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Sepang, pada 14 April lalu akan didakwa di Mahkamah Kota Bharu pada Rabu.
Laporan kubur besar Gaza membimbangkan - Jurucakap AS
Laporan mengenai kubur besar di Gaza adalah sangat membimbangkan.
Timbalan Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat berkata demikian susulan Pihak berkuasa Palestin melaporkan menemui ratusan mayat dalam kubur besar di hospital Nasser di Khan Younis minggu ini selepas ia ditinggalkan oleh tentera Israel.
Timbalan Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat berkata demikian susulan Pihak berkuasa Palestin melaporkan menemui ratusan mayat dalam kubur besar di hospital Nasser di Khan Younis minggu ini selepas ia ditinggalkan oleh tentera Israel.
NRECC tubuh jawatankuasa kaji isu jerebu rentas sempadan
NRECC akan menubuhkan satu jawatankuasa bagi mengkaji isu berkaitan jerebu rentas sempadan termasuk penggubalan Akta Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan (THA).
Jerebu: Malaysia ada hak tuntut ganti rugi dengan Indonesia
Malaysia ada hak untuk menuntut pampasan atau ganti rugi dari Indonesia terhadap masalah jerebu yang setiap tahun melanda negara berdasarkan undang-undang antarabangsa.
Jerebu: Singapura hantar notis kepada empat syarikat Indonesia
Kerajaan Singapura telah menghantar notis kepada empat syarikat Indonesia yang terbabit dengan pencemaran jerebu, seperti yang diperuntuk oleh Akta Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan (THPA).