awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Laporan media dakwa Malaysia beri lebih 5,000 hektar tanah kepada Indonesia tidak tepat - Arthur
LZS sasar kutip RM2.2 juta zakat PDRM Selangor menerusi skim potongan gaji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pearly–Thinaah buka langkah kanan di Perancis

Sinar Harian
Sinar Harian
23/10/2025
00:30 MYT
Pearly–Thinaah buka langkah kanan di Perancis
Pearly-Thinaah mara ke pusingan kedua Terbuka Perancis selepas atasi cabaran Yin-hui-Jhih Yun di Glaz Arena, Cesson-Sévigné. - Foto Sinar Harian
BEREGU badminton wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah membuka kempen Terbuka Perancis Super 750 dengan langkah kanan selepas menewaskan gandingan Hsu Yin-hui-Lin Jhih Yun dari Taiwan pada aksi pusingan pertama di Glaz Arena, Cesson-Sévigné, malam Rabu.
Pearly-Thinaah berstatus naib juara dunia itu menampilkan persembahan bertenaga untuk mencatat kemenangan 21-16 set pertama.
Namun set kedua Yin-hui-Jhih Yun bangkit mengikat kedudukan apabila menang 24-22 sebelum Pearly-Thinaah kembali garang dengan kemenangan 21-12 dalam masa 47 minit, sekali gus meraih kemenangan pertama ke atas pasangan Taiwan tersebut dalam rekod pertemuan.
Sementara itu, cabaran perseorangan lelaki, Leong Jun Hao pula berakhir apabila tumpas kepada pemain Denmark, Viktor Axelsen, 21-16, 21-15 dalam masa 43 minit.
Kekalahan itu menyaksikan Jun Hao kini ketinggalan 0–2 dalam rekod pertemuan menentang Axelsen.
Sementara itu, pemain perseorangan wanita negara, K Letshanaa terpaksa akur selepas tewas kepada wakil India, Unnati Hooda, dalam aksi tiga set sengit.
Letshanaa bermula cemerlang dengan kemenangan 21-11 pada set pertama, namun lawannya bangkit untuk menamatkan perlawanan dengan keputusan 21-13, 21-16 dalam tempoh satu jam tiga minit.
Sementara itu, pasangan Go Pei Kee–Mei Xing terpaksa menarik diri selepas Pei Kee mengalami kecederaan buku lali kiri ketika sesi latihan terakhir menjelang perlawanan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Taiwan
#Terbuka Perancis
#Pearly Tan-M Thinaah
#Leong Jun Hao
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan