awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengukuhan ringgit legakan pelajar luar negara, dana pendidikan dimanfaat secara optimum
IPP pembuatan Malaysia capai paras tertinggi dalam tempoh 20 bulan pada Januari - S&P Global
[KOLUMNIS] Realiti 'internship' generasi digital: Kebolehpasaran graduan dalam era IR4.0
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jerebu: Muar semakin pulih, Port Dickson catat IPU paras bahaya

Haider Yutim
Haider Yutim
24/06/2013
01:16 MYT
Jerebu: Muar semakin pulih, Port Dickson catat IPU paras bahaya
Keadaan jerebu di seluruh negara sehingga 7 pagi ini menunjukkan sedikit perubahan berbanding semalam dengan hanya satu kawasan mencatatkan kualiti udara pada tahap bahaya.
Jerebu kini telah beralih ke arah atas Semenanjung, menjejaskan kawasan Negeri Sembilan, Melaka, Wilayah Persekutuan, Pahang dan Selangor.
Kawasan mencatatkan kualiti udara tahap merbahaya ialah Port Dickson, Negeri Sembilan dengan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 335.
Jerebu 24/6
Jerebu 24/6
Bandar Muar yang telah mencatatkan bacaan IPU paling tinggi di Malaysia semalam, kini semakin pulih dengan bacaan IPU turun kepada 148.
Tiga kawasan mencatatkan kuliti udara sangat tidak sihat iaitu Bukit Rambai (Melaka) dengan 260, Pelabuhan Kelang (Selangor) 296 dan Kemaman (Terengganu) 249.
Bacaan IPU juga telah meningkat di beberapa kawasan Wilayah Persekutuan, dengan Batu Muda mencatat IPU sebanyak 191, Putrajaya mencatat 155 manakala Cheras telah mencatat bacaan sebanyak 157.
Di Selangor pula, Banting menunjukkan bacaan IPU 178, Petaling Jaya 198 dan Shah Alam 157.
Bagi kawasan-kawasan lain, Kuantan dan Indera Mahkota pula masing-masing mencatat bacaan IPU 198 dan 171, manakala di Perak pula, Sri Manjung mencatat bacaan IPU sebanyak 141.
IPU pada tahap antara 0 dan 50 adalah baik, sederhana (51-100), tidak sihat (101-200), sangat tidak sihat (201-300) dan berbahaya (lebih 301).
Sementara itu, 19 kawasan mencatatkan kualiti udara tidak sihat iaitu bacaan IPU antara 101 hingga 201.
27 kawasan lagi mencatatkan kualiti udara sederhana sementara hanya dua kawasan menunjukkan kualiti udara baik.
Topic Berkaitan
#Index Pencemaran Udara
#jerebu
#Muar
#Port Dickson
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan