Skip to main content

Malaysia

Jerebu: Pasir Gudang keluar kategori tidak sihat, Nilai kekal tertinggi setakat 2 petang

Pasir Gudang di Johor kembali ke kategori sederhana selepas bacaan IPU menurun kepada 100 daripada 105 pada jam sebelumnya, sekali gus mengurangkan jumlah kawasan tidak sihat di seluruh negara kepada 14. -Gambar fail/Bernama
Pasir Gudang di Johor kembali ke kategori sederhana selepas bacaan IPU menurun kepada 100 daripada 105 pada jam sebelumnya, sekali gus mengurangkan jumlah kawasan tidak sihat di seluruh negara kepada 14. -Gambar fail/Bernama

Advertisement

Ringkasan AI

  • Jumlah kawasan dengan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat menurun kepada 14 berbanding 15 kawasan sejam sebelumnya.
  • Nilai di Negeri Sembilan kekal mencatatkan bacaan IPU tertinggi negara pada paras 163 sejak tiga jam lalu.
  • Secara keseluruhan, 54 stesen pemantauan IPU lain di seluruh negara berada pada tahap sederhana dan baik.

KUALA LUMPUR: Situasi jerebu di seluruh negara menunjukkan sedikit peningkatan setakat jam 2 petang ini apabila jumlah kawasan yang merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat berkurangan kepada 14 berbanding 15 kawasan sejam sebelumnya.

Pasir Gudang di Johor kembali ke kategori sederhana selepas bacaan IPU menurun kepada 100 daripada 105 pada jam sebelumnya, sekali gus mengurangkan jumlah kawasan tidak sihat di seluruh negara kepada 14.

Nilai di Negeri Sembilan kekal mencatatkan bacaan IPU tertinggi negara pada paras 163, tidak berubah sejak tiga jam lalu.

Seremban pula meningkat satu mata kepada 156 berbanding 155 pada jam 1 tengah hari tadi, manakala Bukit Rambai di Melaka kekal pada bacaan 156.

Di Selangor, Klang meningkat satu mata kepada 155, Shah Alam menurun satu mata kepada 152, manakala Petaling Jaya dan Johan Setia masing-masing kekal pada bacaan 154.

Putrajaya mencatatkan peningkatan enam mata kepada 151 berbanding 145 sebelum ini, manakala Batu Muda meningkat satu mata kepada 155. Cheras pula terus menunjukkan peningkatan kualiti udara apabila bacaan IPU turun kepada 111.

Banting mencatatkan peningkatan ketara apabila bacaan IPU naik kepada 151 berbanding 129 pada jam sebelumnya.

Port Dickson pula merekodkan penurunan sembilan mata kepada 128, manakala Bandaraya Melaka menurun kepada 115 berbanding 134 sebelum ini. Tangkak kekal pada bacaan 152.

Secara keseluruhan, 54 stesen pemantauan IPU lain di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak berada pada tahap sederhana dan baik. Kluang di Johor merekodkan bacaan tertinggi dalam kategori sederhana iaitu 99, manakala bacaan IPU terendah direkodkan di Limbang, Sarawak dengan bacaan 37.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

  • Q: Berapakah jumlah kawasan yang merekodkan bacaan IPU tidak sihat setakat jam 2 petang? 
    A: Jumlah kawasan yang merekodkan bacaan IPU tidak sihat berkurangan kepada 14 setakat jam 2 petang.
  • Q: Kawasan manakah yang mencatatkan bacaan IPU tertinggi di Malaysia? 
    A: Nilai di Negeri Sembilan mencatatkan bacaan IPU tertinggi iaitu 163.
  • Q: Apakah perubahan bacaan IPU di Pasir Gudang, Johor? 
    A: Bacaan IPU di Pasir Gudang menurun kepada 100 daripada 105, menjadikannya kembali ke kategori sederhana.
  • Q: Berapakah jumlah stesen pemantauan IPU yang berada pada tahap sederhana dan baik? 
    A: Sebanyak 54 stesen pemantauan IPU lain di seluruh negara berada pada tahap sederhana dan baik.
  • Q: Di manakah bacaan IPU terendah direkodkan dan berapakah nilainya? 
    A: Bacaan IPU terendah direkodkan di Limbang, Sarawak dengan bacaan 37.

Product Recommendation Section Title

SOME BY MI Daily Mask 30pcs

SOME BY MI Daily Mask 30pcs

Must Watch Video

Advertisement