awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Program Rakan Muda terus diperkasakan, lahir belia berkualiti
Nelayan warga emas ditemukan lemas di Pengerang
Steven Spielberg sertai kelab elit EGOT selepas menang Grammy pertama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jerebu: PM nasihat orang ramai berjaga-jaga

Bernama
Bernama
22/04/2016
06:48 MYT
Jerebu: PM nasihat orang ramai berjaga-jaga
Susulan keadaan jerebu yang kembali, Datuk Seri Najib Tun Razak menasihatkan orang ramai berjaga-jaga dan mengurangkan aktiviti luar. - Gambar fail
Susulan keadaan jerebu yang kembali melanda beberapa kawasan pada masa ini, Datuk Seri Najib Tun Razak menasihatkan orang ramai berjaga-jaga dan mengurangkan aktiviti luar.
"Saya lihat jerebu telah kembali di beberapa kawasan. Saya harap semua berjaga-jaga, terutama yang bekerja atau selalu berada di luar. Pakai topeng muka dan sebagainya.
"Kegiatan fizikal di luar juga terutama untuk warga emas dan anak-anak, wajar dikurangkan sekiranya kawasan sekitar mengalami jerebu teruk," kata perdana menteri dalam catatan di laman Twitter hari ini.
Saya lihat jerebu tlh kembali di bbrp kwsn. Saya harap semua berjaga2, terutama yg bekerja atau selalu berada di luar. Pakai topeng muka dsb
— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) April 22, 2016
Kegiatan fizikal di luar jg terutamanya utk warga emas & anak2 wajar dikurangkan sekiranya kawasan sekitar mengalami jerebu teruk.
— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) April 22, 2016
Menurut portal Jabatan Alam Sekitar, Pelabuhan Klang, Selangor dan Miri, Sarawak mencatatkan Indeks Pencemaran Udara tidak sihat setakat 11 pagi ini dengan bacaan masing-masing 105 dan 146.
Semalam, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata jerebu yang melanda Lembah Klang sejak Rabu berpunca daripada asap kebakaran di beberapa kawasan di Semenanjung termasuk kebakaran hutan tanah gambut di Kuala Langat dan Sepang, Selangor.
Katanya keadaan itu diburukkan lagi dengan cuaca panas dan kering, sekali gus menyebabkan pencemar udara terapung di udara.
Topic Berkaitan
#aktiviti luar
#jerebu
#Najib Razak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan