MALAYSIA
Jerebu rentas sempadan: Malaysia berpeluang pimpin amalan perladangan bertanggungjawab - Greenpeace

Jerebu bukan hanya isu alam sekitar tetapi juga membabitkan tadbir urus dan tanggungjawab perniagaan, memandangkan hubungan rapat antara industri perladangan Malaysia dan Indonesia. -Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Greenpeace Malaysia menyeru kerajaan Malaysia mengambil peluang sebagai Pengerusi ASEAN untuk memimpin usaha serantau dalam menangani isu jerebu rentas sempadan dan menggalakkan amalan perladangan yang bertanggungjawab.
Ringkasan AI
- Greenpeace Malaysia menyeru kerajaan memanfaatkan kedudukan sebagai Pengerusi ASEAN untuk memimpin usaha menangani jerebu rentas sempadan dan mempromosikan perladangan bertanggungjawab.
- Mereka mencadangkan tiga langkah utama: hentikan kemusnahan tanah gambut, tingkatkan ketelusan rantaian bekalan, dan buktikan syarikat Malaysia bersih serta bertanggungjawab dalam amalan perladangan.
- Greenpeace turut menggesa penggubalan undang-undang seperti Akta Udara Bersih untuk membolehkan tindakan terhadap syarikat Malaysia yang menyumbang kepada jerebu, serta memperjuangkan hak alam sekitar di peringkat ASEAN.
"Ini peluang untuk sektor perladangan Malaysia membuktikan mereka tidak lagi bertolak ansur dengan penebangan hutan atau kemusnahan tanah gambut.
"Jika tidak, syarikat milik Malaysia di Indonesia berisiko dipersalahkan kerana menyumbang kepada jerebu, seperti yang berlaku pada krisis 2015 dan 2019," katanya dalam surat berkenaan pada Ahad.
Menurut Kiah Chun, jerebu bukan hanya isu alam sekitar tetapi juga membabitkan tadbir urus dan tanggungjawab perniagaan, memandangkan hubungan rapat antara industri perladangan Malaysia dan Indonesia.
Beliau turut mencadangkan tiga langkah utama untuk memulihkan reputasi sektor perladangan negara.
Ia antaranya menghentikan kemusnahan tanah gambut yang mencetuskan kebakaran, menjamin ketelusan dan akauntabiliti dalam rantaian bekalan, dan membuktikan kepada dunia bahawa syarikat Malaysia adalah bersih serta bertanggungjawab.
Greenpeace Malaysia juga menyarankan agar kerajaan menggubal undang-undang komprehensif bagi menangani isu jerebu rentas sempadan seperti Akta Udara Bersih seperti yang pernah dicadangkan oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM).
“Undang-undang ini akan memberi kuasa kepada kerajaan untuk mengambil tindakan terhadap warganegara atau syarikat Malaysia yang menyumbang kepada jerebu, walaupun operasi mereka berlaku di luar negara,” kata Kiah Chun.
Dalam pada itu, beliau menambah walaupun Perjanjian ASEAN mengenai Jerebu Rentas Sempadan telah lama dimeterai, tetapi ia masih belum cukup berkesan untuk menamatkan krisis ini.
"Malaysia boleh menggunakan Pengerusinya dalam ASEAN untuk memperjuangkan Hak Alam Sekitar ASEAN, selaras dengan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang baru-baru ini mengiktiraf hak kepada alam sekitar yang bersih, sihat, dan lestari," katanya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami