awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jerebu: 'Saya rasa patut kita saman Indonesia' - KJ

Sinar Harian
Sinar Harian
04/10/2023
15:06 MYT
Jerebu: 'Saya rasa patut kita saman Indonesia' - KJ
Khairy berkata, tindakan tegas perlu diambil selaras dengan dasar undang-undang antarabangsa di mana melarang segala aktiviti yang memudaratkan negara lain. - Gambar fail
SHAH ALAM: Kerajaan perlu mengenakan tindakan saman kepada Indonesia berhubung situasi jerebu rentas sempadan yang didakwa berpunca daripada kebakaran hutan dan tanah di negara berkenaan.
Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, tindakan tegas perlu diambil selaras dengan dasar undang-undang antarabangsa di mana melarang segala aktiviti yang memudaratkan negara lain.
“Saya rasa patut kita saman mereka (Indonesia) sebab kalau ikut undang-undang antarabangsa sama ada berteraskan kepada amalan ataupun kepada triti yang ‘explicit’ (jelas).
“Maknanya dalam usaha kita memajukan negara, kita tidak boleh memudaratkan negara lain, itu memang ada dalam undang-undang antarabangsa. Mesti ada penalti terhadap isu tersebut.
“Ya walaupun kita ada Perjanjian ASEAN mengenai Pencemaran Jerebu Merentasi Sempadan tetapi tidak ada satu penalti kepada negara yang tidak mengikut perjanjian ini,” katanya.
Beliau berkata demikian menerusi Program Podcast Keluar Sekejap yang dikendalikan bersama Bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan pada Rabu.
Pada Rabu, Malaysia telah menghantar surat kepada Indonesia bagi menyelesaikan segera Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan (AATHP), kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Beliau berkata, surat berkenaan telah dihantar kepada rakan sejawatnya di Indonesia susulan arahan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam supaya penyelarasan dibuat dengan rakan sejawat dalam ASEAN bagi menyelesaikan masalah jerebu merentas sempadan.
- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#jerebu
#saman
#Indonesia
#Khairy Jamaluddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan