Sekolah-sekolah di Johor, Terengganu dan Kelantan dibuka seperti biasa esok selepas berakhirnya cuti persekolahan selama seminggu, memandangkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) setakat 4 petang ini masih di bawah 200 di seluruh negara.
Kementerian Pendidikan dalam kenyataan di sini, hari ini menyatakan jabatan pendidikan negeri dan pejabat pendidikan daerah bagi negeri-negeri berkenaan perlu memantau maklumat bacaan IPU yang dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh pihak berwajib.
Sekiranya berlaku perubahan terhadap bacaan IPU kepada keadaan tidak sihat (IPU 101-200) atau sangat tidak sihat (IPU 201-300), pihak berkenaan boleh mengambil tindakan di peringkat masing-masing berdasarkan Surat Siaran KPM Bil 17 Tahun 2-13 bertarikh 7 Ogos 2013 [Langkah-langkah Kementerian Pendidikan Malaysia Bagi Menjamin Kesihatan dan Keselamatan Murid-murid di Sekolah-Sekolah Yang Berada Dalam Kawasan Berjerebu Yang Dianggap Kritikal].
Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar, setakat 6 petang ini, lapan kawasan mencatatkan IPU baik, 27 kawasan (sederhana), 16 kawasan (tidak sihat).
IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).
Di Johor Bharu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Md Jais Sarday meminta pengetua dan guru besar sekolah-sekolah di negeri ini supaya sentiasa berkongsi maklumat semasa mengenai jerebu bagi memudahkan ia dimaklumkan kepada pelajar dan ibu bapa.
“Ini sebagai langkah berjaga-jaga dalam memastikan kesihatan pelajar dan kakitangan berada di tahap sihat,” katanya dalam laman Facebook beliau hari ini.
Pengarah Jabatan Pendidikan Johor Aminudin Adam pula berkata jika bacaan IPU meningkat semula hingga mencapai 200 di empat kawasan yang sebelum ini terjejas teruk akibat jerebu iaitu Pasir Gudang, Kota Tinggi, Muar dan Johor Bharu, pihak pengurusan sekolah boleh menutup sekolah esok.
Beliau berkata bagi kawasan yang mencatat bacaan IPU 155, sesi persekolahan adalah seperti biasa namun semua aktiviti di luar bilik darjah perlu dihentikan.
Setakat 5.30 petang tadi, bacaan IPU di empat kawasan itu menurun dengan Pasir Gudang mencatatkan 83, Kota Tinggi (64), Muar (95) dan Johor Baharu (83), katanya kepada Bernama di sini.
Bernama
Sat Sep 26 2015
Sesi persekolahan adalah seperti biasa namun semua aktiviti di luar bilik darjah perlu dihentikan bagi kawasan yang mencatat bacaan IPU 155. - Gambar Fail
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
Pakistan, India isytihar darurat kesihatan akibat jerebu
Hospital dalam keadaan berjaga-jaga, waktu operasi klinik dilanjutkan beberapa jam dan petugas perubatan diarahkan melakukan syif tambahan.
Jerebu akibat kebakaran terbuka dan kemarau, ibu bapa risau kesihatan anak
Keadaan jerebu akibat pembakaran terbuka dan kemarau yang melanda daerah Papar membuatkan ibu bapa bimbangkan kesihatan anak-anak.
Bangkok dilanda jerebu tebal, seluruh Thailand catat udara tidak sihat
Bangkok dan 66 wilayah di Thailand itu terus diselubungi jerebu dengan zarah tidak selamat pada PM2.5 direkodkan pada Khamis.
El Nino: Persiapan rentas agensi hadapi cuaca panas
Antara yang akan turut serta adalah Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Belia dan Sukan.
Jerebu: Klang kekal catat bacaan IPU tidak sihat
Antara kawasan yang menghampiri bacaan IPU tidak sihat seperti di Petaling Jaya (90) dan Banting (89) di Selangor.
Jerebu: Hanya satu kawasan catat bacaan IPU tidak sihat
Klang di Selangor mencatatkan bacaan IPU tertinggi pada paras 154.
Empat kawasan catat bacaan IPU tidak sihat setakat 9 pagi
Empat kawasan di Semenanjung mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 9 pagi ini.
Dua kawasan catat bacaan IPU tidak sihat pagi ini
Berdasarkan laman web APIMS kendalian JAS, Klang di Selangor catat bacaan IPU tertinggi pada paras 153.
Jerebu: Batu Pahat, Alor Gajah catat IPU tidak sihat pagi ini
Batu Pahat di Johor dan Alor Gajah, Melaka merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 10 pagi ini dengan bacaan IPU masing-masing 152 dan 151.
Jerebu: Batu Pahat, Larkin kekal catat IPU tidak sihat petang ini
Dua kawasan di Johor kekal merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 4 petang ini.