awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki terlibat kes letupan di Nilai
Gencatan senjata buka peluang selesai pertikaian sempadan secara aman - Thailand
Jika majoriti DUN terjejas, Undang-Undang Tubuh Perlis 'buka laluan' PRK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes Zayn Rayyan: Zaim Ikhwan, Ismanira tiba di mahkamah

Yasmin Natasha
Yasmin Natasha
21/07/2025
01:10 MYT
Kes Zayn Rayyan: Zaim Ikhwan, Ismanira tiba di mahkamah
Zaim Ikhwan dan Ismanira (dua kanan) serta adiknya tiba di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya sekitar jam 8:05 pagi ini. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
PETALING JAYA: Ibu bapa kepada Zayn Rayyan Abdul Matin tiba di Mahkamah Sesyen di sini hari ini bagi mendengar keputusan di akhir kes pendakwaan berhubung satu pertuduhan pengabaian terhadap kanak-kanak autistik itu, dua tahun lalu.
Tertuduh, Zaim Ikhwan Zahari dan isterinya, Ismanira Abdul Manaf, tiba di Mahkamah Sesyen sekitar jam 8:05 pagi tadi.
Pasangan yang kedua-duanya berusia 30 tahun itu kelihatan tenang dan berada dalam keadaan sihat semasa memasuki perkarangan mahkamah.
Mereka turut diiringi oleh bapa Zaim Ikhwan, Zahari Mohd Reba, 56 tahun, serta adik kepada Ismanira.
Terdahulu, pada 13 Jun tahun lalu, pasangan berkenaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan mengabaikan Zayn Rayyan.
Mengikut pertuduhan pindaan, pasangan tersebut didakwa bersama-sama sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap kanak-kanak berusia enam tahun ketika itu, kerana telah mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di kawasan Blok R, Pangsapuri Idaman, Damansara Damai sehingga ke kawasan sungai berdekatan antara jam 12 tengah hari, 5 Dis 2023 dan jam 9.55 malam keesokan harinya.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31(1) akta sama, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Pada 6 Dis 2023, Zayn Rayyan ditemukan meninggal dunia di anak sungai berhampiran kawasan Pangsapuri Idaman, Damansara Damai, pada jam 10 malam.
Mangsa sebelum itu dilaporkan hilang sebelum ditemui terbaring kira-kira 200 meter dari blok kediaman mereka.
Topic Berkaitan
#Zayn Rayyan
#Mahkamah Sesyen
#Zaim Ikhwan Zahari
#Ismanira Abdul Manaf
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan