Ringkasan AI
- Setakat 2 petang, 28 stesen pemantauan di seluruh negara mencatatkan kualiti udara tidak sihat, dengan Temerloh menjadi stesen terbaharu dalam kategori itu.
- Pasir Gudang, Johor merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara tertinggi negara pada 180, diikuti beberapa kawasan utama di Lembah Klang dan Pantai Barat.
- Kuala Terengganu dan beberapa kawasan di Sarawak menunjukkan penurunan bacaan, manakala hanya Kangar dan Langkawi kekal dalam kategori baik.
KUALA LUMPUR: Sebanyak 28 stesen pemantauan di seluruh negara berada dalam kategori tidak sihat setakat 2 petang ini, dengan Temerloh, Pahang menjadi stesen terbaharu memasuki kategori itu selepas Kuala Terengganu kembali ke tahap sederhana.
Stesen Temerloh merekodkan peningkatan 13 mata dalam tempoh sejam daripada bacaan 100 pada jam 1 petang kepada 113, sekali gus memasuki kategori tidak sihat.
Menurut data portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), Pasir Gudang, Johor kekal merekodkan bacaan tertinggi negara apabila meningkat kepada 180, berbanding 179 pada jam 1 petang.
Kualiti udara di beberapa kawasan utama di Lembah Klang dan Pantai Barat turut menunjukkan trend peningkatan apabila Bandar Diraja Klang meningkat kepada 177, manakala Johan Setia dan Nilai masing-masing mencatatkan bacaan 176. Bukit Rambai, Melaka pula naik satu mata kepada 174.
Kawasan lain yang masih berada dalam kategori tidak sihat termasuk Pengerang (170), Larkin (169), Bandaraya Melaka (167), Putrajaya (166), Port Dickson (166), Shah Alam (163) dan Banting (163). Sementara itu, Cheras kekal pada bacaan 169.
Di Pantai Timur, Kuala Terengganu kembali ke kategori sederhana selepas mencatatkan penurunan 14 mata kepada 99, berbanding 113 pada jam sebelumnya.
Trend pemulihan turut dikesan di Sarawak apabila IPD Serian merekodkan penurunan 18 mata daripada 125 kepada 107, manakala Sri Aman turun 11 mata kepada 115.
Secara keseluruhan setakat 2 petang ini, sebanyak 28 stesen berada dalam kategori tidak sihat (101 hingga 200), manakala 38 stesen berada dalam kategori sederhana (51 hingga 100).
Kangar, Perlis (49) dan Langkawi, Kedah (43) kekal sebagai dua kawasan sahaja di negara ini yang menikmati kualiti udara dalam kategori baik, meskipun kedua-duanya mencatatkan peningkatan satu mata berbanding bacaan sejam sebelumnya.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Berapakah bilangan stesen pemantauan yang berada dalam kategori tidak sihat setakat 2 petang?
A: Sebanyak 28 stesen pemantauan berada dalam kategori tidak sihat setakat 2 petang. - Q: Stesen manakah yang merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi di Malaysia?
A: Pasir Gudang, Johor merekodkan bacaan IPU tertinggi iaitu 180 setakat 2 petang. - Q: Apakah kategori bacaan IPU bagi Kangar dan Langkawi?
A: Kangar, Perlis dan Langkawi, Kedah berada dalam kategori baik dengan bacaan masing-masing 49 dan 43. - Q: Apakah trend kualiti udara di Kuala Terengganu dan Sarawak?
A: Kuala Terengganu menunjukkan penurunan bacaan IPU kepada 99 (kategori sederhana), manakala di Sarawak, IPD Serian dan Sri Aman juga mencatatkan penurunan bacaan IPU. - Q: Berapakah bilangan stesen yang berada dalam kategori sederhana setakat 2 petang?
A: Sebanyak 38 stesen berada dalam kategori sederhana (bacaan IPU 51 hingga 100) setakat 2 petang.